Tawaran Bagi Memohan Jawatan Special Rapporteur (Cultural Rights) di Bawah Sekretariat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR)

English translation not available for this content.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) sedang membuka permohonan bagi mengisi jawatan Special Rapporteur dalam bidang hak asasi kebudayaan.

Peranan dan tanggungjawab Special Rapporteur (Hak Asasi Kebudayaan) adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti amalan terbaik dalam mempromosikan dan melindungi hak-hak kebudayaan di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan antarabangsa;
  2. Mengenalpasti sebarang kemungkinan bagi cabaran-cabaran yang dihadapi dalam promosi dan perlindungan hak-hak kebudayaan, serta mengemukakan usul dan/atau cadangan untuk langkah menanganinya kepada pihak Majlis Hak Asasi Manusia.
  3. Bekerjasama dengan negara-negara ahli untuk memupuk pelaksanaan langkah-langkah di peringkat tempatan, nasional, serantau dan antarabangsa yang bertujuan untuk menggalakkan dan melindungi hak-hak budaya melalui cadangan-cadangan bernas dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama sub-serantau, serantau dan antarabangsa dalam hal tersebut.
  4. Mengkaji hubungan antara hak budaya dan kepelbagaian budaya, dengan kerjasama erat dengan negara-negara dan pihak lain yang berkaitan, termasuk Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), bagi tujuan meningkatkan lagi promosi hak asasi kebudayaan;
  5. Mengintegrasikan perspektif jantina dan ketidakupayaan dalam tugasan; dan
  6. Bekerja dalam koordinasi yang rapat, serta mengelakkan sebarang pertindihan dengan organisasi antara kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), prosedur-prosedur khas lain di bawah Majlis dan Jawatankuasa Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan dan UNESCO, serta pihak lain yang mewakili pelbagai kepentingan dan pengalaman yang paling luas, dalam mandat masing-masing, termasuklah melalui perhatian dan sorotan di peringkat persidangan dan program antarabangsa yang berkaitan.

Individu yang berminat untuk memohon jawatan ini adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan terus kepada Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OHCHR) secara atas talian sebelum atau pada 11 Jun 2021 (Jumaat), 12 tengah hari (waktu Geneva) dengan melengkapkan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Soalan kaji selidik atas talian di https://ohchr-survey.unog.ch/index.php/717995
  2. Borang permohonan dalam format Microsoft Words (seperti di Lampiran) yang perlu dikemukakan melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Maklumat lengkap mengenai permohonan dan prosedur yang berkaitan adalah seperti di capaian https://www.ohchr.org/EN/HRBodies/HRC/SP/Pages/Nominations.aspx.

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi

  • Last updated on .
  • Hits: 10865