Tawaran Program Biasiswa Australia For Asean

English translation not available for this content.

Sukacita dimaklumkan, Kerajaan Australia melalui kerjasama di bawah ASEAN telah menawarkan Program Biasiswa Australia for ASEAN bagi tahun kemasukan 2023 yang kini dibuka untuk negara ahli Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Program biasiswa ini menawarkan sebanyak 10 tempat kepada calon-calon dari setiap negara ahli ASEAN termasuk Malaysia.

Turut dimaklumkan, program biasiswa ini adalah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master’s Degree) sahaja di institusi pendidikan Australia bagi program keutamaan seperti Maritim (Maritime), Perhubungan (Connectivity), Ekonomi (Economics) dan Kerjasama Pembangunan Mapan (Sustainable Development Cooperation). Permohonan tawaran biasiswa ini dibuka mulai 1 Februari 2022 dan akan ditutup pada 29 April 2022 (11.59PM AEST). Oleh yang demikian, calon yang berminat dikehendaki untuk memohon secara atas talian dengan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan dan tatacara permohonan terlebih dahulu melalui capaian https://oasis.dfat.gov.au/

  • Last updated on .
  • Hits: 6384
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.