83 Peratus Mahasiswa Lengkap Dos Vaksin Covid-19

English translation not available for this content.

2021 11 08 liputan media 01

Sumber : mStar

PROGRAM vaksinasi untuk mahasiswa sudah melepasi 80 peratus setakat ini, demikian menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Jelas Noraini, setakat 1 Oktober lalu, sebanyak 83 peratus atau seramai 951,739 pelajar daripada keseluruhan seramai 1.15 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

"Sehingga 1 Oktober (2021), sebanyak 83 peratus pelajar IPT telah menerima vaksin lengkap iaitu 951,739 daripada 1.15 juta pelajar secara keseluruhan.

"Bagi kakitangan IPT pula, seramai 117,721 atau 90 peratus telah menerima dos lengkap," katanya.

Noraini berkata demikian dalam sesi pertanyaan bagi bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang meminta kementeriannya menyatakan perkembangan terkini program vaksinasi dalam kalangan mahasiswa.

Tambahnya, setakat 8 Oktober lalu, kementerian merekodkan 2,286 atau 0.2 peratus pelajar tidak divaksin atas faktor masalah kesihatan.

Menjawab soalan tambahan Akmal Nasrullah berhubung strategi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekiranya terdapat jangkitan serius di sesebuah IPT atau kampus, Noraini menjelaskan, kementeriannya tidak akan menutup kampus secara mengejut seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata, penutupan sesuatu IPT hanya boleh dibuat selepas mendapat pertimbangan atau saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - SINAR HARIAN

  • Last updated on .
  • Hits: 9420
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.