10 Politeknik Malaysia Terima Akreditasi Emas APACC

English translation not available for this content.

Sepuluh (10) buah Politeknik Malaysia berjaya memperolehi pengiktirafan akreditasi daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).  Akreditasi ini merupakan pengiktirafan yang diberikan berdasarkan tujuh (7) kriteria yang perlu  dipenuhi dan dicapai  oleh institusi iaitu Tadbir Urus dan Pengurusan, Pengajaran dan Pembelajaran, Sumber Manusia, Penyelidikan dan Pembangunan, Imej dan Kelestarian, Sumber Pendidikan dan Khidmat Sokongan Pelajar.

Lebih membanggakan lagi, sembilan (9) Politeknik menduduki kedudukan 10 terbaik tangga teratas daripada 26 institusi negara anggota yang memperolehi Anugerah Emas.

Pengiktirafan antarabangsa APACC ini membuktikan Politeknik Malaysia mampu berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa dan juga sebagai penanda aras kecemerlangan institusi aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik dari aspek kualiti, kebertanggungjawaban dan kepercayaan awam terhadap Politeknik Malaysia.

10 buah Politeknik yang tersenarai adalah:-

  1. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
  2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  3. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  4. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  5. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  6. Politeknik Kota Bharu (PKB)
  7. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  8. Politeknik Seberang Perai (PSP)
  9. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  10. Politeknik Port Dickson (PPD)

Pengiktirafan ini juga membuktikan Malaysia memiliki kelompok institusi yang berkualiti tinggi dan ia menyaksikan usaha mengarusperdana aliran TVET. Ini merupakan usaha terbaik bagi memastikan politeknik memiliki kelompok bakat yang berkemahiran tinggi.

APACC merupakan badan akreditasi di bawah Colombo Plan Staff College (CPSC) yang beribu pejabat di Manila, Filipina. APACC yang ditubuhkan di Seoul, Korea Selatan pada Disember 2004 dianggotai oleh 17 buah negara rantau Asia Pasifik.

Prinsip asas inisiatif akreditasi dan persijilan APACC adalah untuk mengharmoni kualiti pendidikan TVET, mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET, disamping memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia Pasifik. Akreditasi APACC adalah selaras dengan kewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 yang meliberalisasi pasaran serantau ASEAN. Penganugerahan APACC ini juga merupakan akreditasi tunggal khusus untuk institusi TVET di rantau Asia Pasifik.

 

DATO’ DR. NORAINI AHMAD

Menteri Pengajian Tinggi

17 Jun 2020

 

LAMPIRAN

 

 SENARAI INSTITUSI YANG MEMPEROLEHI ANUGERAH EMAS BAGI AKREDITASI ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION (APACC)

BIL

POLITEKNIK

NEGARA

1.

 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Malaysia

2.

 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Malaysia

3.

 Politeknik Ungku Omar (PUO)

Malaysia

4. 

 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Malaysia

5.

 Concepcion Vocational School (CVS)

Filipina

6. 

 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Malaysia

7.

 Politeknik Kota Bharu (PKB)

Malaysia

8.

 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Malaysia

9.

 Politeknik Seberang Perai (PSP)

Malaysia

10.

 Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

Malaysia

11.  

 TESDA Women's Center (TWC)

Filipina

12.  

 Ubon Ratchathani Vocational College (UVC)

Thailand

13.  

 Polytechnic College of Engineering and   Technology (PCET)

Mongolia

14.  

 Siam Business Administration Nonthaburi   Technological College (SBAC-NON)

Thailand

15.  

 Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTM-   Kuantan)

Malaysia

16.  

 IRPC Technological College

Thailand

17.  

 MARA Japan Industrial Institute (MJII)

Malaysia

18.  

 Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTM-   Ledang)

Malaysia

19.  

 Politeknik Port Dickson

Malaysia

20.  

 Khonkaen Vocational College (KVC)

Thailand

 21.  

 Nachimuthu Polytechnic College, Pollachi (NPC)

India

22.  

 Davao Oriental Polytechnic Institute (DOPI)

Filipina

23.  

 Quezon National Agricultural School (QNAS)

Filipina

24.  

 Songkhla Vocational College (SVC)

Thailand

25.  

 Puerto Princesa School of Arts and Trades   (PPSAT)

Filipina

26.  

 Siam Business Administration Technological   College (SBAC)

Thailand

  

Tahap akreditasi APACC dibahagikan kepada lima (5) iaitu “Platinum”, “Gold”, “Silver” “Bronze Plus” dan “Bronze” berdasarkan pencapaian skor yang telah ditetapkan dan tempoh akreditasi bagi setiap tahap diberikan selama empat (4) tahun. Institusi yang mendapat skor di bawah 300 tidak akan mendapat akreditasi dari APACC.

 

TAHAP

SKOR

*PLATINUM (PLATINUM)

491 hingga 500 markah

EMAS (GOLD)

451 hingga 490 markah

PERAK (SILVER)

401 hingga 450 markah

**GANGSA + (BRONZE+)

351 hingga 400 markah

GANGSA (BRONZE)

 350 markah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 24847
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.