English translation not available for this content.
Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN MEDIA

100 PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK DITAWAR BIASISWA MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menawarkan 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi kepada Pelajar Cemerlang Politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum di Politeknik seluruh Malaysia.  Penawaran ini bermula dari awal tahun 2018.

Penajaan yang julung kali ditawarkan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar-pelajar cemerlang lepasan diploma dari politeknik melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Menerusi penajaan ini, KPT terus komited untuk menghasilkan bakat cemerlang daripada kalangan graduan TVET bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

YB DATO’ SERI IDRIS JUSOH
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Putrajaya, 25 April 2018

  • Last updated on .
  • Hits: 10122
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.