English translation not available for this content.

Logo KPM

 KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANAK MALAYSIA CEMERLANG DI ENGLAND

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan tahniah kepada saudari Wan Nur Faezah binti Wan Mustafa kerana telah berjaya dengan cemerlang merangkul First Class (Hons) Ijazah Perakaunan di University of Liverpool, England baru-baru ini.

Wan Nur Faezah, anak kelahiran Kampung Pinang, Besut, Terengganu merupakan pelajar tajaan MARA dalam bidang BA Accounting and Finance di University of Liverpool (UoL). Beliau juga merupakan antara pelajar terbaik SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud (SMKTM), Besut, Terengganu dan menyambung pengajian di International Baccalaureate Kolej Mara Banting sebelum mendapat tawaran ke UoL.

“Kejayaan saudari Wan Nur Faezah sangat membanggakan. Walaupun pelbagai kekangan yang dihadapi semasa beliau ingin menyambung pengajian di England, beliau membuktikan pada dunia bahawasanya kemiskinan bukan penghalang untuk kejayaan besar seperti ini,” kata YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Tambah beliau lagi, Malaysia harus berbangga dan menjadikan kejayaan ini sebagai satu suntikan pendorong untuk pelajar-pelajar lain.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

27 Julai 2018

  • Last updated on .
  • Hits: 5083
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.