English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

FASA PENGEMASKINIAN PERMOHONAN UPUONLINE KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2021 / 2022
DAN
PELAKSANAAN PROGRAM JOM MASUK IPT VIRTUAL 2021


  1. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) berperanan menyelaras permohonan, pemprosesan, pemilihan dan rayuan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA); Politeknik; Kolej Komuniti (KK); dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program pengajian peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline.

  2. Selaras dengan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 4 Jun 2021 berkenaan hebahan keputusan SPM 2020 yang akan diumumkan pada 10 Jun 2021, KPT ingin memaklumkan bahawa Fasa Pengemaskinian UPUOnline akan dibuka selama 7 hari mulai 15 Jun 2021 (Selasa, jam 12.00 tengah hari) dan akan ditutup pada 21 Jun 2021 (Isnin, jam 5.00 petang). Fasa ini dibuka bagi memberi peluang kepada pemohon lepasan SPM 2020 yang telah memohon UPUOnline pada Fasa Permohonan yang lalu terutama pemohon yang berada di luar bandar untuk mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan SPM 2020.

  3. Pemohon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian.

  4. Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai 2021.

  5. Serentak dengan pembukaan Fasa Pengemaskinian UPUOnline bagi pemohon lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022, Kementerian akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama rakan strategik Universiti Malaya (UM) bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas ketika negara sedang mendepani cabaran pendemik COVID-19.

  6. JMIPT Virtual 2021 melibatkan penyertaan semua UA; Politeknik; Kolej Komuniti; ILKA; MQA; PTPTN; dan Bahagian Biasiswa, KPT. Program ini terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu Fasa Pertama pada 15 - 21 Jun 2021 khusus untuk pemohon lepasan SPM dan Fasa Kedua 8 - 12 Ogos 2021 kepada pemohon lepasan STPM/setaraf.

  7. JMIPT Virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual. Kementerian turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian Hotline, Sistem Maklum Balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.

  8. KPT ingin menjemput semua pihak khususnya pemohon, ibu bapa, penjaga, guru bimbingan dan kaunseling serta orang awam untuk bersama-sama menyertai program JMIPT Virtual Kementerian mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon-pemohon UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 8200
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Sosial : Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram : @KEMASUKANBKPA
Sistem Maklum Balas UPU : http://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
10 Jun 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Fasa pengemaskinian permohonan UPUOnline ke UA, Politeknik, KK dan ILKA Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2021 / 2022 dan pelaksanaan Program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (355 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 25155

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.