Kemasukan Pelajar Baharu Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tahun Ini Bagi Sesi Akademik 2020/2021

English translation not available for this content.

Sidang Media Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan Malaysia pada 15 April 2020 memaklumkan mengenai penundaan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini ke suku pertama tahun 2021. Lulusan peperiksaan ini nanti akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun hadapan bagi Sesi Akademik 2021/2022, dijangka pada bulan Julai/Ogos 2021 (bagi program Asasi dan Diploma termasuk Matrikulasi), dan pada Oktober 2021 (bagi program Ijazah).

Ada pihak yang bertanya bagaimana pula dengan kemasukan pelajar ke IPTA bagi pengambilan tahun ini, iaitu bagi Sesi 2020/2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa proses kemasukan pelajar ke IPTA bagi tahun ini, iaitu bagi sesi 2020/2021 akan diteruskan seperti biasa. Permohonan masih dibuka sehingga 17 April 2020 melalui sistem UPUOnline.

Penawaran dijangka dibuat pada 3 Jun 2020 untuk calon lulusan SPM dan pada 18 Ogos 2020 bagi calon lulusan STPM/ Setaraf.

IPTA dijangka akan menerima kemasukan pelajar baharu tahun ini ke program Asasi dan Diploma (termasuk Matrikulasi) pada bulan Julai/Ogos 2020 dan Program Sarjana Muda pada Oktober 2020.

Sekian.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
16 April 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 10235

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.