KENYATAAN MEDIA
MAHASISWA BAHARU YANG MENGUNDI PADA PRK DUN MAHKOTA
DIBERI KELONGGARAN DAFTAR LEWAT KE KAMPUS
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum berkenaan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 DUN Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September 2024.
Bagi menghormati hak mengundi seperti yang tertakluk dalam perlembagaan, KPT akan memberikan kelonggaran kepada mahasiswa baharu yang mengundi di PRK DUN Mahkota untuk mendaftar lewat ke Universiti Awam (UA) masing-masing sehinga 29 September 2024 (Ahad).
Ketetapan dibuat hasil perbincangan KPT bersama 12 UA sebagai usaha memberi kemudahan untuk mahasiswa baharu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan.
Pelajar baharu yang terlibat boleh berhubung terus dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UA masing-masing dan memaklumkan tentang status sebagai pengundi di PRK DUN Mahkota.
DR. ZAMBRY ABD KADIR
20 September 2024
Muat Turun:
pdf Kenyataan Media-Kelonggaran Pengundi Mahasiswa Daftar Lewat PRK Dun Mahkota (261 KB)
- Last updated on .
- Hits: 3324