English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEMASUKAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) BERMULA MAC 2022


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan kemasukan pelajar ke kampus sama ada tempatan atau antarabangsa bermula Mac 2022, berjalan lancar seperti yang telah diputuskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Ke-12 dan pengumuman oleh YB Menteri Kanan Pertahanan semalam.

Keputusan ini dibuat bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian kepada pelajar. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan dalam kampus.

Walau bagaimanapun, aspek keselamatan dan kesihatan pelajar adalah menjadi keutamaan KPT dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus. Sehubungan itu, IPT diingatkan supaya mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ketat. Pelaksanaan PdP secara hibrid dan/atau secara dalam talian adalah dibenarkan tertakluk kepada keputusan pihak IPT sendiri.

Pelajar yang pulang ke kampus juga diminta untuk terus mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri. Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Para pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing sekiranya terdapat pertanyaan mengenai perkara ini.

Kementerian Pengajian Tinggi
10 Februari 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Kemasukan Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bermula Mac 2022 (36 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 17074
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.