KENYATAAN MEDIA
KPT MEMBANTU PELAJAR MALAYSIA DARIPADA UNIVERSITI
AL-AZHAR TERLIBAT KEMALANGAN DI PORT SAID, MESIR
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum akan lapan (8) orang pelajar Malaysia daripada Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam insiden kemalangan kenderaan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said pada 25 Januari lalu. KPT juga sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi ini melalui Kementerian Luar Negeri (KLN).
KPT melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) memantau perkembangan semasa pelajar yang terlibat. Lima (5) orang pelajar dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga (3) orang pelajar lagi ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT ingin menyatakan sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U. Pelajar amat digalakkan untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Jabatan ini bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir seperti maklumat berikut :
Alamat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),
26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt
No. Telefon : +00 202 2487 3858;
E-mel :
Perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
28 JANUARI 2025
Muat Turun:
- Last updated on .
- Hits: 156