English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

LAWATAN KERJA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE DOHA, QATAR 15 DAN 16 MEI 2023


  1. Saya telah melakukan satu lawatan kerja bersama delegasi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) ke Doha, Qatar pada 15 dan 16 Mei 2023. Turut mengiringi, Tuan Yang Terutama (TYT) Tn. Zamshari Shaharan, Duta Besar Malaysia ke Qatar.
  2. Lawatan kerja tersebut telah dimulakan dengan pertemuan pertama bersama Qatar Foundation (QF) yang diwakili oleh En. Fracisco J. Marmolejo, Presiden Pendidikan Tinggi QF dan En. Fahad Hamad Hasan Al Sulaiti, Ketua Pegawai Eksekutif, Education Above All Foundation.
  1. Pertemuan kedua adalah bersama Dr. Ayedh Dabsan Al-Qahtani, Ketua Pegawai Eksekutif Thani Bin Abdullah Foundation for Humanity.
  1. Kedua-dua pertemuan bersama ketiga-tiga organisasi tersebut membincangkan beberapa perkara penting. Antaranya:
    1. penajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian dan pelajar- pelajar dari negara-negara yang berhadapan dengan konflik;
    2. usaha sama dalam menjawab prejudis dan stigma Islamofobia;
    3. meneroka peluang mengadakan kerjasama dalam pemantapan program TVET di kedua-dua negara;
    4. mengadakan perkongsian pengalaman daripada Malaysia kepada negara Qatar bagi membantu membangun dan mengembangkan instrumen waqaf dalam sektor pendidikan tinggi.
  1. Pada masa yang sama, KPT telah menyatakan kesediaan untuk menerima lebih ramai pelajar, penyelidik, pensyarah dan ahli akademik tajaan kedua- dua organisasi ini di institusi pendidikan tinggi negara.
  2. Pengisian ketiga adalah kunjungan hormat ke atas Puan Yang Terutama (PYT) Pn. Buthaina bint Ali Al-Nuaimi, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar bersama pegawai-pegawai kanan Kementeriannya.
  1. Pertemuan tersebut merundingkan pelbagai inisiatif baharu dan kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian. Ini termasuklah:
    1. mewujudkan usahasama penyelidikan, khususnya dalam impak perubahan iklim, keterjaminan makanan dan keperluan menguruskan ‘technological disruptions’;
    2. KPT memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar berkenaan penawaran program luar pesisir (offshore programme) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus Doha, Qatar;
    3. Penyaluran dana Qatar Fund for Development bagi tujuan pendidikan serta kerjasama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Qatar University.
  1. Pengisian keempat lawatan kerja ini adalah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Aljazeera Media Institute dan UIAM.
  1. Melalui MoU tersebut, mahasiswa jurusan komunikasi UIAM akan berpeluang mendapat latihan lapangan (field training) dan menyertai kursus serta program yang disediakan oleh Aljazeera.
  1. KPT mengalu-alukan kerjasama antara pihak universiti dan industri seperti ini bagi memastikan kredibiliti serta daya saing program universiti dapat ditingkatkan sekali gus melonjakkan kadar kebolehpasaran graduan negara.
  2. Acara kelima melibatkan saya bersama-sama delegasi KPT, EMGS dan UKM membuat lawatan tapak serta meninjau kemajuan penubuhan kampus cawangan UKM di Doha, Qatar.
  1. Pada akhir tahun ini, kampus cawangan UKM di Doha, Qatar tersebut akan mula menawarkan empat (4) program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara pesisir (offshore).
  1. Kampus cawangan UKM di Doha, Qatar ini adalah projek melalui kerjasama antara UKM dan The Regional Group of Qatar, sebuah syarikat yang menguruskan bidang pembangunan hartanah, pengurusan aset, pertanian dan pelaburan saham.
  1. The Regional Group of Qatar akan bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyediaan kemudahan fasiliti serta infrastruktur, manakala UKM akan bertanggungjawab dalam penyediaan input akademik, termasuklah melibatkan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (P&P), jaminan kualiti serta pengijazahan.
  1. Segala kerjasama dan persetujuan yang dicapai dalam lawatan kerja ini akan disusuli segera dengan penelitian dan perincian yang diperlukan oleh pihak saya dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
  1. Selain kelima-lima pengisian tersebut yang melibatkan pelbagai wakil kementerian dan organisasi dari Qatar, saya melengkapkan lawatan kerja ini dengan menghadiri Majlis Makan Malam bersama Diaspora Malaysia di

DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

18 MEI 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Lawatan Kerja Ke Doha,Qatar.pdf (113 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 4862
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.