English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN SEMULA NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa mulai 15 Disember 2022. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Fizik Gunaan dan Elektronik sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dalam Fizik Pepejal dari Portsmouth University, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran dalam Optoelektronik dari Loughborough University of Technology, United Kingdom.

YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi memiliki pengalaman pentadbiran yang luas, kualiti kepimpinan dan pemikiran strategik yang dilihat dapat merapatkan kesenjangan ekosistem pendidikan tinggi terutama di Negeri Sarawak. Selain itu, beliau juga telah mempamerkan kemampuan untuk membentuk jaringan hubungan kerja yang harmoni dengan semua pemegang taruh terutamanya Kerajaan Negeri.

Kementerian ini yakin dengan pelantikan semula YBhg. Datuk Prof. Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi dapat meneruskan kesinambungan perancangan yang telah dirancang untuk UNIMAS dalam memperkukuh dan mempertingkat tadbir urus sektor pendidikan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Kementerian Pengajian Tinggi
17 Disember 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan Semula VC UNIMAS.pdf (207 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 6272
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.