English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN SEMULA NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa sehingga 17 April 2024. Beliau menyandang jawatan Naib Canselor UMT sejak 2 Ogos 2021.

Beliau berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perikanan daripada Universiti Putra Malaysia, Master of Science (Topical Coastal Studies) dari University of Newcastle, England dan seterusnya memperoleh Doctor of Philosophy (Environmental Fish Biology & Ecophysiology) pada tahun 2001 daripada University of Wales, United Kingdom.

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar memiliki pengalaman pentadbiran yang luas dan kualiti kepimpinan yang tinggi. Beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang melonjakkan reputasi UMT di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kementerian ini yakin dengan pelantikan semula YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar dapat meneruskan kesinambungan perancangan yang telah dirancang untuk memperkukuh dan mempertingkat tadbir urus sektor pendidikan tinggi berasaskan pengetahuan dan penyelidikan terutama dalam sains marin dan kelautan.

Kementerian Pendidikan Tinggi
21 Mac 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan Semula Naib Canselor UMT.pdf (100 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 7139