English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2021/2022 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 16 Julai 2021.

Semakan keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengahari 16 Julai 2021 melalui pautan berikut:

  1. https://jpt.utm.my
  2. http://jpt.uum.edu.my
  3. https://jpt.unimas.my
  4. https://jpt.ums.edu.my
  5. http://jpt.umt.edu.my

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 17 Julai hingga 26 Julai 2021 di laman web IPTA dan ILKA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 17 Julai 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 16 Julai 2021 sehingga 26 Julai 2021. Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan :

No tel : 03 – 8870 6765/ 6769/ 6121/ 6829/ 6751/ 6774
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Sosial Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram : @KEMASUKANBkpa
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
15 JULAI 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Keputusan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, KK dan ILKA Sesi 2021/2022 (79 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 30082
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.