English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2022/2023 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM


Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2022/2023 bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Julai 2022.

Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 22 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari hingga 31 Julai 2022, jam 5.00 petang melalui pautan berikut:
i. https://jpt.utm.my;
ii. http://jpt.uum.edu.my;
iii. https://jpt.unimas.my;
iv. http://jpt.ums.edu.my;
v. https://jpt.umt.edu.my;
atau melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 23 Julai hingga 31 Julai 2022 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 23 Julai 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Sehubungan itu, hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 22 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Julai 2022, jam 5.00 petang. Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan RAYUAN adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
No. Telefon: 03 – 8870 8200
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Sosial Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram : @KEMASUKANBkpa
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat: http://upu-chat.ml/UPUChat/

Kementerian Pengajian Tinggi
21 Julai 2022

Muat Turun:

  pdf Keputusan Permohonan Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2022/2023 Bagi Program Pengajian Lepasan SPM (292 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 14407
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.