English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2020/2021


  1. Seramai 48,605 pelajar lepasan STPM/Setaraf telah berjaya ditawarkan ke 20 Universiti Awam (UA) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2020/2021 hari ini.
  2. Pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menerima 58,668 permohonan daripada calon lepasan STPM/Setaraf. Pecahan mengikut jantina menunjukkan calon perempuan adalah sebanyak 40,559 (69%) dan pecahan calon lelaki adalah sebanyak 18,109 (31%).
  3. KPT mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA. Tiada sistem kuota digunapakai dan sistem ini telah digugurkan semenjak sesi pengambilan 2002/2003.
  4. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA berkaitan kepada calon yang berjaya mulai 19 Ogos 2020 dan calon perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 5 hari bekerja iaitu selewat-lewatnya 26 Ogos Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui Laman Web UA seperti di Lampiran 1.
  5. Calon yang tidak menerima sebarang tawaran/gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my.
  6. Permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan akan dibuka dalam tempoh 10 hari mulai 18 Ogos 2020 jam 12.00 tengah hari sehingga 28 Ogos 2020 jam 5.00 petang.
  7. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2020/2021 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. Dasar pemilihan RAYUAN pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

  1. Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah mulai 4 Oktober 2020 mengikut UA masing- masing seperti di Lampiran 2.
  2. KPT akan memastikan segala pendaftaran secara fizikal di Universiti Awam (UA) mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.

SEMAKAN KEPUTUSAN DAN MAKLUMAT UMUM

Keputusan permohonan boleh disemak melalui:

  1. Laman Web Saluran Hebahan
    1. Saluran Timur : http://jpt.umt.edu.my
    2. Saluran Sabah : http://jpt.ums.edu.my
    3. Saluran Sarawak : https://jpt.unimas.my
    4. Saluran Selatan : https://jpt.utm.my
    5. Saluran Utara : http://jpt.uum.edu.my
  2. Hotline : 03-8870 8200 (Hari bekerja sahaja)
  3. Mobile Apps : UPUPocket 2.0

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

  1. Hubungi
    1. No. Tel : 03-8870 8200
    2. E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  2. Laman Sosial
    1. Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
    2. Instagram: @KEMASUKANBPKPUPU
  3. Chat: upu.mohe.gov.my

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
18 Ogos 2020

Lampiran 1

Senarai URL Surat Tawaran

Lampiran 2

Senarai Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan Ke 20 Universiti Awam (UA) Bagi Program Pengajian lepasan STPM/setaraf Sesi Akademik 2020/2021

BILINSTITUSIPENDAFTARAN DI KAMPUS
1 UNIVERSITI MALAYA (UM) 3 - 9 Oktober 2020
2 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) Kampus Induk: 2-4 Oktober 2020
Kampus Kejuruteraan: 4 Oktober 2020
Kampus Kesihatan: 4 Oktober 2020
3 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 3 & 4 Oktober 2020
4 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 10 & 11 Oktober 2020
5 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 10 & 11 Oktober 2020
6 UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) 2 Oktober 2020
7 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) 5 & 6 Oktober 2020
8 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) 5 & 6 Oktober 2020
9 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 5 & 6 Oktober 2020
10 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 28 September 2020
11 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 9-11 Oktober 2020
12 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 4 Oktober 2020
13 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) 4 Oktober 2020
14 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) 10-14 Oktober 2020
15 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) 5 Oktober 2020
16 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) 14 Oktober 2020
17 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 10 Oktober 2020
18 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) 18-20 Oktober 2020
19 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 4 Oktober 2020
20 UNIVERSITI PERTAHAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) 3 & 4 Oktober 2020
  • Last updated on .
  • Hits: 34934

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.