Kerajaan Cadang Penubuhan Kursi Pengajian Melayu Di Universiti Goethe

English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik semalam bercakap tentang kemungkinan penubuhan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Goethe, Jerman dalam lawatannya ke institut tersebut. YB Menteri juga turut menyampaikan syarahan perdana dalam bahasa Melayu di hadapan 50 hadirin yang terdiri daripada para pensyarah Universiti Goethe dan calon-calon PhD di sana.

Cadangan penubuhan kursi di Universiti Goethe ini disasarkan untuk menjadi pusat kajian dan penyebaran pengajian Melayu di benua Eropah. Ini termasuk dalam langkah kerajaan untuk memperluas dan mengangkat wacana kebudayaan Melayu di peringkat antarabangsa.

Sempena lawatan kerja ini, YB Menteri Pendidikan turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Goethe, Profesor Dr. Birgita Wolff yang bertujuan untuk mengadakan kolaborasi antara universiti tempatan dengan universiti ini.

KPM komited dalam memastikan pengajian kebudayaan Malaysia dibawa ke persada antarabangsa dan pertukaran idea dengan institusi terkemuka terlaksana.

Sekian.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
17 Oktober 2019

  • Last updated on .
  • Hits: 5834
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.