KPM Mengalu-Alukan YAB Perdana Menteri Sebagai Pemangku Menteri Pendidikan

English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari 2020.

Yang Amat Berhormat Tun merupakan seorang negarawan yang berpengalaman luas dalam transformasi pendidikan negara. KPM sentiasa bersedia memberi sepenuh sokongan dan kerjasama padu kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Tun dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Semoga dengan pemangkuan Yang Amat Berhormat Tun ini akan meningkatkan kecemerlangan KPM dan pendidikan negara.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10 Januari 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 4534
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.