Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19

English translation not available for this content.
  1. PTPTN merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan - Menteri Pertahanan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada hari ini, 19 Mac 2020.
  2. Sehubungan itu, dengan penuh rasa prihatin Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.
  3. Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.
  4. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 - 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my di pautan https://www.ptptn.gov.my/makluman-bayaran-balik-side/penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-akibat-penularan-covid-19
  5. PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

Sekian, terima kasih.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
19 Mac 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 7330
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.