English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

Pengecualian Melaksanakan Peperiksaan Semasa PKPB Oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)


Merujuk kepada sidang media oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan selaras dengan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 13 Oktober 2020, mesyuarat telah memberi kelulusan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memberikan pengecualian kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk menjalankan peperiksaan yang dilaksanakan oleh penyedia peperiksaan luar negara (external examination providers) atau peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh PKPB ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Keputusan ini melibatkan seramai 3,031 pelajar tempatan dan 195 pelajar antarabangsa di empat (4) buah negeri yang terlibat dengan PKPB. Pelajar-pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada institusi masing-masing mengikut kategori berikut:-

  • Pelajar dan Institusi yang terlibat dengan Peperiksaan Cambridge GCE ‘A’ Level, Australian Matriculation (AUSMAT), Canadian Pre-U dan seumpamanya; atau
  • Pelajar yang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan dengan penyedia peperiksaan luar negara (external exam providers) atau peperiksaan antarabangsa; atau
  • Pelajar yang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Pengecualian ini tertakluk kepada pematuhan IPTS terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan keputusan kerajaan dari semasa ke semasa.

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
14 Oktober 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 9973
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.