KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
PENGIKTIRAFAN SIJIL PEPERIKSAAN BERSAMA (UEC)
Berkenaan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), saya ingin menekankan di sini bahawa seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.
Pengiktirafan UEC adalah salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) dan sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia. Justeru, pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya.
Sekali lagi, saya ingin menekankan bahawa apa sahaja keputusan yang kita ambil berkenaan pengiktirafan UEC ini, ia akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
YB DR. MASZLEE MALIK
Menteri Pendidikan Malaysia
15 Julai 2018
- Last updated on .
- Hits: 7417