Penjelasan Berhubung Pengeluaran Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) Dan Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) 2018

English translation not available for this content.

Berhubung kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 20 November 2018 berkenaan dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), KPM mengambil maklum akan kerisauan yang dibangkitkan oleh ibu bapa iaitu keputusan UPSR dikeluarkan semasa cuti persekolahan.

KPM ingin menjelaskan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) sebelum ini juga pernah mengeluarkan keputusan UPSR semasa cuti persekolahan.

Kelewatan  pengeluaran  keputusan  adalah  disebabkan  peperiksaan  UPSR  2018 dilaksanakan  hampir  dua  (2)  minggu  lewat  berbanding  pelaksanaan  peperiksaan UPSR pada tahun 2017. Peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan September 2018 (31 Ogos – Hari Kebangsaan;  9-10  September  –  Hari  Keputeraan  Yang  di-Pertuan  Agong;  11 September – Awal Muharam; 16–17 September – Hari Malaysia).

Kelewatan   pelaksanaan   peperiksaan   kali   ini   telah   menyebabkan   kelewatan pemeriksaan   skrip   jawapan   peperiksaan.   LP   juga   perlu   mematuhi   prosedur penjaminan kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ketepatan keputusan yang akan dikeluarkan.

Sehubungan  dengan  itu,  KPM  memohon  pelajar-pelajar  Tahun  6  mendapatkan PPSR dan keputusan UPSR pada 29 November 2018 (Khamis) bermula pukul 10.00 pagi di sekolah masing-masing.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
22 NOVEMBER 2018

  • Last updated on .
  • Hits: 8491

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.