English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PUSAT PEMBERIAN VAKSIN DI UNIVERSITI AWAM DAN HOSPITAL PENGAJAR


Sebagai langkah membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam menyediakan akses yang lebih banyak kepada rakyat untuk divaksin, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengenal pasti beberapa buah Universiti Awam (UA) dan Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang berpotensi untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Cadangan mewujudkan PPV IPT ini telah dibentangkan dalam Sidang Khas Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) pada 31 Mei 2021. Model PPV IPT ini mengguna pakai model PPV di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan melibatkan UA, HPU, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebagai tonggak kepada setiap PPV IPT.

Sebanyak 19 buah IPT telah dikenalpasti untuk dijadikan PPV berdasarkan tinjauan dijalankan oleh satu pasukan petugas khas yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi serta dibantu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM dan Prof. Dr. Nazirah binti Hasnan, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Semua PPV IPT ini berkemampuan memberi 14,400 dos vaksin sehari atau 432,000 dos vaksin sebulan kepada orang ramai. Perincian mengenai IPT yang akan dijadikan PPV dan cadangan aktiviti vaksinasi yang terlibat adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Cadangan IPT Sebagai PPV dan Program Vaksinasi
BIL.PPV IPTJENIS PPVVAKSIN/ HARIBIL. PPV/ JENIS PPVJUMLAH VAKSIN/ HARI
1. UPSI 1 200 6 1,200
2. UTHM
3. UTeM
4. UMK
5. UUM
6. UMP
7. USIM 2 400 4 1,600
8. UNIMAP
9. UTM
10. UIAM Gombak
11. USIM 3 600 1 600
12. SASMEC @IIUM 5 1,000 6 6,000
13. AMDI @ USM
14. UPM
15. UniSZA
16. UMS
17. UNIMAS
18. UiTM Shah Alam Mega 5,000 2 5,000
19. UiTM Puncak Alam
JUMLAH BESAR VAKSIN14,400

KPT komited untuk menggerakkan semua tenaga kerja kesihatan UA dan HPU yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Pensyarah Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat untuk terlibat dalam PPV IPT bagi memastikan sasaran 150,000 dos vaksin sehari akan dapat dicapai menjelang akhir Jun 2021.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
1 JUN 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pusat Pemberian Vaksin di Universiti Awam dan Hospital Pengajar (302 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 19579