English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

KARNIVAL JOM MASUK U 2025 MENERUSKAN SIRI
JELAJAH KE SEMBILAN ZON BERMULA 19 APRIL


Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) meneruskan siri jelajah ke sembilan (9) zon seluruh negara bermula 19 April sehingga 18 Mei depan dengan bermula di dua (2) zon iaitu Sandakan, Sabah dan Kuala Nerus, Terengganu.

JMU 2025 yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini merupakan antara inisiatif utama KPT dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar seluruh negara, terutamanya lepasan SPM, STPM dan setaraf.

Karnival ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.

Melalui karnival ini, pelajar akan didedahkan dengan:
• Panduan lengkap proses permohonan UPUOnline®
• Pilihan program pengajian mengikut minat dan kelayakan
• Peluang tajaan, pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan
• Interaksi terus bersama wakil IPTA dan alumni
• Pelbagai aktiviti bermanfaat dan interaktif

Selain menghadiri secara fizikal, pelajar dari seluruh negara juga boleh mengikuti JMU 2025 secara maya menerusi siaran langsung dan perkongsian kandungan di media sosial rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA).

Kementerian turut menyeru semua pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor serta orang awam untuk mengambil bahagian dalam JMU 2025 bagi mendapatkan maklumat, membuat pilihan tepat dan membina masa depan yang lebih terancang dalam pendidikan tinggi.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
17 April 2025

JOM_MASUK_U_2025.jpeg

Muat Turun:

   pdf Siaran Media - Karnival Jom Masuk U 2025 Meneruskan Siri Jelajah Ke Sembilan Zon Bermula 19 April(490 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 3765
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 15 May 2025, 10:21:07.

sirim-logo