Corporate

Corporate information of the Ministry of Higher Education (MoHE) for public reference such as Introduction, Vision and Mission, Organisation Chart, Minister and Deputy Minister, Top Management and others.

Bahagian Dasar dan Penyelidikan

English translation not available for this content.

Latar Belakang

  1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar (BPPD) telah ditubuhkan selaras dengan perpisahan semula Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 10 Mac 2020 yang lalu.
  1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan cadangan penstrukturan semula Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) pada April 2022. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah meluluskan Waran Perjawatan Bil. S56 Tahun 2022 bertarikh 27 April 2022 melibatkan penstrukturan semula BPPD kepada dua (2) bahagian baharu iaitu: Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) dan Bahagian Perancangan Strategik (BPS) berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022.
  1. Penjenamaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) kepada Bahagian Dasar Dan Penyelidikan (BDP) dan Bahagian Perancangan Strategik (BPS) bertujuan memastikan pembahagian tugas yang lebih berfokus dan efektif. Keadaan ini disebabkan oleh terdapatnya tambahan fungsi dan peranan dalam memastikan pembangunan, pelaksanaan dan pemantuan dasar pendidikan tinggi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
  1. Sekretariat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional Negara telah dipindahkan kepada BDP bermula 18 Julai 2022 dan Pemindahan perjawatannya telah diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 8 Ogos 2022.
  1. Bahagian Dasar Dan Penyelidikan merangkumi Seksyen berikut:
  • Seksyen Dasar Strategik;
  • Seksyen Modal Insan; dan
  • Seksyen Penyelidikan Dan PPRN

Visi & Misi

Visi

Menjadi Pusat Pemerkasaan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan Tinggi bertaraf dunia.

Misi

Menerajui agenda pemerkasaan dasar dan penyelidikan pendidikan tinggi ke arah memenuhi aspirasi pembangunan modal insan negara.

Objektif

  1. Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor prestasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT), Belanjawan berasaskan Keberhasilan (OBB), Aspirasi Keluarga Malaysia dan Prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA).
  1. Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan dan penggubalan dasar/akta baharu Pendidikan Tinggi serta memberi khidmat nasihat dan rundingan berkitan Dasar Pendidikan Tinggi
  1. Bertindak sebagai Sekretariat Induk peringkat kementerian bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Agenda Pemerkasaan Bumiputra dan Sekretariat Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
  1. Menyelenggara dan menyelaras input kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR), Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM), Mesyuarat Pasca Kabinet (MPK), Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP), Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulam Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha, Pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Memorandum Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri,
  1. Merancang, melaksana, memudahcara dan memantau dana penyelidikan Education Policy Studies (EPS) dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) bagi membantu meningkatkan produktiviti melalui inovasi dan teknologi
  1. Menambahbaik penyelarasan ekosistem TVET negara melalui penglibatan pemegang taruh awam dan swasta.

Piagam Pelanggan

  1. Mengemukakan ulasan berkaitan penggubalan dasar dan akta baharu atau pindaan dasar dan akta kepada kementerian/agensi luar dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja.
  1. Mengeluarkan surat sokongan cadangan kajian (research proposal) yang dimohon oleh pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi tujuan menjalankan kajian di Kementerian Pendidikan Tinggi dan IPT dalam tempoh TUJUH (7) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
  1. Mengeluarkan surat tawaran projek kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)/ Public Research Institute(PRI) dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja daripada tarikh KPT menerima Memorandum Perjanjian projek.
  1. Mengeluarkan surat makluman kepada perunding Kajian Keberkesanan Ekosistem Pendidikan Tinggi Negara tentang peruntukan yang telah disalurkan oleh KPT dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja daripada tarikh memo Bahagian Pembangunan.

Struktur Organisasi

carta.jpeg

Fungsi

Seksyen Perancangan Strategik

  1. Unit Perancangan Pendidikan Tinggi
    1. Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan dan penggubalan dasar/akta baharu pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota Jemaah Menteri (NJM)
    2. Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar/MJM/MOU oleh Bahagian/Jabatan/Agensi di peringkat KPT berdasarkan akta dan peraturan  serta dasar dan pelan tindakan yang berkuat kuasa
    3. Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar dan akta (baharu/pindaan) yang dilaksanakan oleh Kementerian/Agensi lain yang mempunyai hubung kait dengan pendidikan tinggi
    4. Menyediakan input berkaitan dasar pendidikan tinggi bagi pelaporan dan kerjasama badan
    5. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dasar pendidikan tinggi kepada Bahagian/Jabatan/Agensi.
    6. Mengurus setia dan memantau pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Program Berimpak Tinggi KPT serta melaporkan dalam Seminar Perancangan Strategik KPT/Kajian Separuh Penggal.
     
  2. Unit Penyelarasan dan Pemantauan.       
    1. Menyelaras aktiviti penambahbaikan dasar/akta sedia ada pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas  dasar/ Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota  Jemaah Menteri (NJM)
    2. Memantau, menyelaras dan melaporkan pelaksanaan/ pencapaian aktiviti berkaitan MED4IRN, MyDIGITAL, Industry4WRD dan STEM
    3. Mengurus setiakan mesyuarat Technical Working Group-Skills (TWG-S) bersama Kementerian Sumber Manusia
    4. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dasar pendidikan tinggi kepada Bahagian/Jabatan/Agensi
    5. Memantau, menyelaras dan mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perakuan Dasar KPT (JPDKPT)
    6. Memantau, menyelaras dan mengurus setiakan Mesyuarat JK Taskforce Pemantauan Inisiatif Pendigitalan KPT.
     
  3. Unit TVET 
    1. Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan dan penggubalan dasar/akta baharu pendidikan tinggi berkaitan TVET melalui  sesi libat urus dengan pemegang taruh dan  penyediaan kertas dasar/Memorandum Jemaah  Menteri (MJM)/Nota Jemaah Menteri (NJM)
    2. Menyelaras aktiviti penambahbaikan dasar/akta pendidikan tinggi berkaitan TVET yang sedia ada melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas  dasar/ Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota  Jemaah Menteri (NJM).
    3. Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar/MJM/MOU oleh Bahagian/Jabatan/Agensi di peringkat KPT berkaitan TVET berdasarkan akta  dan peraturan serta dasar dan pelan tindakan yang  berkuat kuasa
    4. Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar dan akta (baharu/pindaan) berkaitan TVET yang dilaksanakan oleh Kementerian/ Agensi lain yang  mempunyai hubung kait dengan pendidikan tinggi.
    5. Menyediakan input berkaitan dasar pendidikan tinggi berkaitan TVET bagi pelaporan dan kerjasama badan antarabangsa.
    6. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dasar pendidikan tinggi berkaitan TVET kepada Bahagian/Jabatan/ Agensi.
    7. Memantau, menyelaras dan melaporkan pelaksanaan program berkaitan TVET di peringkat KPT (koordinasi dengan MTUN dan JPPKK.

Seksyen Modal Insan

  1. Unit Pembangunan Insan
    1. Merancang, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Induk Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi semua bidang keutamaan, strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
    2. Merancang, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) selaras dengan Lonjakan 3 yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), 2015-2025 [PPPM(PT)].
    3. Memantau pelaksanaan Strategi B: Menubuhkan Struktur Pentadbiran Malaysia Centre for e-Learning (MyCeL) bagi Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (GOL) di bawah Lonjakan 9 yang digariskan dalam PPPM(PT).
    4. Menyediakan dan menyelaras input serta maklum balas berkaitan sektor pendidikan tinggi bagi Strategi Nasional untuk Literasi Kewangan, 2019-2023 selaku Sekretariat Induk Financial Education Network (FEN) Peringkat KPT.
    5. Menyediakan dan menyelaras input serta maklum balas berkaitan sektor pendidikan tinggi bagi Pemerkasaan Agenda Bumiputera di bawah Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) selaku Sekretariat Induk Peringkat KPT.
    6. Menyelaras hal-hal berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap dasar dan akta sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian/Agensi lain yang mempunyai hubung kait dengan pendidikan tinggi. Menyediakan pelaporan hasil daripada analisis yang dibuat terhadap dasar-dasar yang berkaitan seperti: 
      1. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN);
      2. Dasar Sosial Negara;
      3. Dasar Orang Kurang Upaya;
      4. Dasar Warga Emas;
      5. Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2022-2025;
      6. Dasar Wanita Negara;
      7. Agenda Negara Menua (ANA).
    7. Menghadiri mesyuarat/jawatankuasa dan menyelaras maklum balas mesyuarat/jawatankuasa yang berkaitan dengan pendidikan tinggi seperti:
      1. Jawatankuasa Kerja Majlis Sosial Negara;
      2. Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial (Majlis Perlindungan Sosial Malaysia - MySPC);
      3. Dua (2) Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pekerjaan (KSM) dan Jawatankuasa Pendidikan (KPM) di bawah Majlis Kebangsaan Bersama Orang Kurang Upaya (MKBOKU);
      4. Dua (2) Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Modal Insan & Pendidikan (KSM&KPT) di bawah Agenda Negara Menua;
      5. awatankuasa Teknikal Dasar Warga Emas Negara di bawah Majlis Penasihat & Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN);
      6. Tiga (3) Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pendidikan dan Kerohanian (KPT), Jawatakuasa Penyelidikan dan Pembangunan (MOSTI), Jawatankuasa Ekonomi (KE) di bawah MPPWEN;
      7. Dua (2) Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penasihat dan Kordinasi Program Kesihatan Reproduktif (ACCRH) dan Jawatankuasa Sub-Teknikal Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (LPPKN) di bawah PEKERTI;
      8. Dua (2) Jawatankuasa High Lever Inter-Agency Committee (BNM/SC) dan Working Group (BNM/SC) di bawah FEN;
      9. Dua (2) Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal (KE) dan Jawatankuasa Kerja (KE) di bawah Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12;
      10. Tiga (3) Jawatankuasa Eksekutif (KE) dan Jawatankuasa Pemandu (KE) dan Jawatankuasa Modal Insan (KPM) di bawah Majlis Kemakmuran Bumiputera
      11. Menyediakan input serta maklum balas berkaitan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia bagi laporan yang dikeluarkan badan/ organisasi antarabangsa di antaranya: 
        1. The United Nations (UN);
        2. The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO);
        3. Association of Southeast Asian Nations (ASEAN);
        4. Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC);
        5. The United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR);
        6. he United Nation Children’s Fund (UNICEF);
        7. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD);
        8. South East Asia Ministers Education Organization (SEAMEO) dan
        9. Global Competitiveness Report.
     
  2. Unit Kordinasi Dasar
    1. Mewakili Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghadiri mesyuarat/jawatankuasa di kementerian/agensi lain dan menyelaras maklum balas mesyuarat/jawatankuasa yang mempunyai kaitan dengan pendidikan tinggi.
    2. Mengurusetiakan Sesi Kunjungan Hormat oleh EXCO Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap portfolio pendidikan tinggi kepada YB Menteri Pengajian Tinggi bagi isu-isu umum berkaitan pendidikan tinggi negara.
    3. Menyelaras hal-hal berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap dasar dan akta sedia ada yang dilaksanakan oleh kementerian/agensi lain (termasuk kajian, pelan tindakan dan program) yang mempunyai hubung kait dengan pendidikan tinggi
    4. Menyelaras penyediaan input bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan YB Menteri Pengajian Tinggi sebagai ahli.
    5. Menyelaras penyediaan input bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi sebagai ahli.
    6. Menyelaras persediaan Majlis Menghadap/Kunjungan Hormat YB Menteri Pengajian Tinggi ke atas Canselor Universiti Awam.
    7. Menyelaras permohonan pengecualian cukai daripada Yayasan/Pertubuhan yang melibatkan sumbangan pendidikan tinggi berdasarkan Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. 

Seksyen Penyelidikan & PPRN

  1. Unit Penyelidikan 
    1. Merancang, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat berikut:  
      1. Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding Kajian Keberkesanan Ekosistem Pendidikan Tinggi Negara;
      2. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dana Penyelidikan KPT; dan
      3. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dana Penyelidikan KPT
    2. Merancang, mengurus dan melaksanakan hal-hal berkaitan perolehan perkhidmatan perunding.
    3. Merancang dan memantau pelaksanaan kajian-kajian dasar yang merangkumi:
      1. Laporan Awal;
      2. Laporan Interim;
      3. Laporan Draf Akhir; dan
      4. Laporan Akhir.
    4. Mengeluarkan arahan bayaran berperingkat kepada perunding.
    5. Menilai keupayaan hasil-hasil kajian dasar pendidikan tinggi untuk tujuan penterjemahan kepada dasar / penambahbaikan kepada dasar sedia ada.
    6. Menyediakan pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    7. Memantau dan memberikan input dari segi hala tuju pembangunan Sistem Pengurusan Penyelidikan (RMS).
    8. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu pelaksanaan kajian-kajian di kementerian / agensi Kerajaan lain, terutamanya Kementerian Ekonomi, MOSTI, DOSM, KSM, MITI dan KPWKM.
     
  2. Unit PPRN (Public-Private Reserach Network) 
    1. Merancang, melaksanakan dan mengurus setia mesyuarat peringkat teknikal dan pemandu bagi dana
    2. Merancang, melaksanakan dan mengurus hal-hal berkaitan pemadanan projek PPRN yang melibatkan penyaringan permohonan daripada Pusat Pengurusan Projek (PPP) melalui sistem oleh Sekretariat dan panel penilai pakar dan mengurus setia Bengkel Pembentangan Projek.
    3. Merancang, melaksanakan dan mengurus hal-hal berkaitan sistem PPRN dari segi teknikal serta penilaian permohonan.
    4. Merancang dan melaksanakan pemantauan projek PPRN melalui Bengkel Pemantauan, mengadakan lawatan tapak projek di premis syarikat / penyelidik bagi kategori projek peringkat pertengahan , projek sakit dan projek siap.
    5. Menyelaras dan menguruskan penyaluran peruntukan projek yang mendapat geran PPRN serta penyaluran peruntukan untuk bayaran panel penilai pakar.
    6. Menyedia dan menguruskan portal serta laman Facebook PPRN yang melibatkan hebahan pembukaan fasa permohonan projek serta promosi PPRN
    7. Menyedia dan menyelaras hal-hal berkaitan penawaran projek PPRN yang melibatkan surat makluman kelulusan, penerimaan MoA projek dan surat tawaran projek.
    8. Membantu dalam menyedia dan menyelaraskan pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    9. Membantu dalam menyediakan input berkaitan PPRN kepada Kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan , MOSTI dan lain-lain.
    10. Merancang, melaksanakan dan mengurus hal-hal berkaitan Dana Inovasi dan Kajian Sosial.
    11.  
     
  3. Unit Pentadbiran
    1. Merancang, melaksana, memantau, dan menyelaras hal-hal berkaitan Pengurusan BDP seperti berikut:
      1. Pentadbiran Am;
      2. Pengurusan Kewangan;
      3. Pengurusan Aset dan Stor;
      4. Pengurusan Sumber Manusia;
      5. Pengurusan HRMiS;
      6. Pengurusan Perkhidmatan;
      7. Pengurusan Inspektorat Bahagian;
      8. Menyelaras Mesyuarat Bahagian; dan
      9. Menyelaras Sistem Aduan dan Maklum Balas
    2. Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

      Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
      Kementerian Pendidikan Tinggi
      Aras 13, No 2, Menara 2
      Jalan P5/6 Presint 5,
      62200 Putrajaya
      Tel: 03-8870 600
  • Last updated on .
  • Hits: 18092
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:23:36.