Corporate

Corporate information of the Ministry of Higher Education (MoHE) for public reference such as Introduction, Vision and Mission, Organisation Chart, Minister and Deputy Minister, Top Management and others.

Bahagian Khidmat Pengurusan

English translation not available for this content.

Latar Belakang

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran termasuk logistik bagi penggunaan guna sama;
  2. Merancang dan menguruskan hal ehwal keselamatan dan penyelenggaraan bangunan;
  3. Merancang, menyelaras dan melaksana majlis utama kementerian dan khidmat nasihat protokol;
  4. Merancang, menyelaras dan mengurus pengurusan rekod di Kementerian dan agensi; dan
  5. Membangunkan koleksi sumber maklumat dalam bidang pendidikan, pendidikan tinggi dan bidang berkaitan melalui pengurusan maklumat yang sistematik dan berkesan.

Visi & Misi

Visi

Untuk menjadi pemudah cara dan menyediakan khidmat pengurusan yang berkualiti dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan KPT.

Misi

Peneraju khidmat pengurusan yang cekap dan teratur ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada kementerian.

Objektif

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran, keselamatan dan penyelenggaraan bangunan dengan cekap dan berkesan;
  2. Merancang, mengurus dan melaksanakan majlis utama kementerian dengan teratur dan sempurna serta berkualiti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa;
  3. Memberi khidmat nasihat dan bantuan yang berkualiti dalam urusan protokol bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar dan teratur;
  4. Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod secara sistematik dan sempurna di kementerian dan agensi;
  5. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi menyokong organisasi KPT dalam aktiviti perancangan, penyelidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat; dan
  6. Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan maklumat dan rujukan serta membangun dan memulihara koleksi perpustakaan.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan aduan kerosakan mekanikal, elektrik, kerja kejuruteraan awam dan pembersihan di KPT, diberikan akuan terima oleh kontraktor penyelenggaraan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima;
  • Menguruskan permohonan kad akses bagi semua anggota yang berkhidmat di KPT dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah menerima borang lengkap daripada pemohon;
  • Mengurus dan menyelaras kemudahan dewan serba guna, bilik-bilik mesyuarat, bilik perbincangan dan ruang sidang media serta bilik jamuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh tempahan diterima.
  • Menguruskan permohonan kenderaan pejabat dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan;
  • Menguruskan permohonan tempahan bilik mesyuarat dalam masa satu (1) hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Menerima surat masuk dan direkodkan dalam masa satu (1) hari dari tarikh surat diterima;
  • Mengimbas dan memuat naik surat ke dalam Digital Document Management System (DDMS) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Menghantar surat-surat segera dengan tangan dalam masa satu (1) hari melalui Penghantar Cepat bagi surat yang diterima sebelum jam 3.30 petang;
  • Pencarian buku melalui Online Public Access Catalog (OPAC) tiga (3) minit dan secara manual lima (5) minit; dan
  • Menguruskan majlis-majlis utama KPT dan memberi khidmat nasihat protokol secara tersusun dan tertib mengikut amalan semasa.

Struktur Organisasi

Bahagian Khidmat Pengurusan 

Fungsi

  1. Unit Pentadbiran, Logistik dan Keselamatan
    1. Mengurus dan memantau sewaan ruang pejabat;
    2. Mengurus pentadbiran, kenderaan dan kewangan Bahagian Khidmat Pengurusan;
    3. Mengurus dan memantau pentadbiran infrastruktur, penyelenggaraan, utiliti dan fasiliti di bangunan pejabat;
    4. Mengurus dan memantau sistem pengurusan cekap tenaga; dan
    5. Mengurus dan memantau sistem keselamatan di Bangunan Pejabat & Keselamatan Diri Kesihatan Pekerjaan di bawah Akta 514.
  2. Unit Keurusetiaan dan Protokol
    1. Mengurus dan menyelaras penyertaan warga KPT ke majlis/ acara rasmi yang dianjurkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi luar;
    2. Menganggotai Mesyuarat Jawatankuasa luaran di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi luar;
    3. Khidmat nasihat tatacara protokol dan istiadat kepada Bahagian/ Jabatan yang menjadi penganjur majlis rasmi;
    4. Pelantikan dan taklimat persiapan tugasan protokol kepada Pegawai Pengiring dan Penyambut Tetamu; dan
    5. Majlis-majlis utama di peringkat kementerian.
  3.  Unit Rekod dan Registri
    1. Menguruskan pengurusan rekod, sistem fail dan rekod terperingkat;
    2. Pengurusan sistem Digital Document Management System (DDMS);
    3. Pelaksanaan latihan pengurusan rekod;
    4. Pelantikan Pegawai Rekod Jabatan/Pembantu Tadbir Rekod Jabatan/ Pegawai Pengelas/Pendaftar Rahsia;
    5. Memberi khidmat nasihat dan konsultasi mengenai pengurusan rekod dan Digital Document Management System (DDMS); dan
    6. Pemantauan penyimpanan rekod di syarikat penyimpanan rekod swasta.
  4. Unit Pusat Sumber
    1. Mengurus perolehan koleksi Pusat Sumber bagi memastikan pembangunan koleksi Pusat Sumber berkembang sejajar dengan keperluan semasa dan memenuhi kehendak pengguna serta Kementerian;
    2. Mengurus dan melaksanakan pendokumentasian bahan bacaan yang merangkumi proses pengelasan, penkatalogan dan pelabelan bahan bacaan mengikut standard piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia;
    3. Menyediakan perkhidmatan sirkulasi yang terbaik dan dapat memnuhi keperluan maklumat pengguna yang merangkumi perkhidmatan pendaftaran keahlian, pinjaman dan pemulangan bahan; dan
    4. Merancang dan melaksanakan program/aktiviti promosi pembudayaan ilmu sepanjang hayat.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 3, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 0-38870 6823
  • Last updated on .
  • Hits: 24266

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.