MoHE - Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Corporate

Corporate information of the Ministry of Higher Education (MoHE) for public reference such as Introduction, Vision and Mission, Organisation Chart, Minister and Deputy Minister, Top Management and others.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

English translation not available for this content.

Latar Belakang

BPSM berperanan dalam menguruskan sumber manusia dan melaksanakan dasar perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. BPSM turut bertanggungjawab dalam aspek perancangan dan pembangunan sumber manusia di samping melahirkan modal insan yang berpengetahuan, mahir dan kompeten dalam melaksanakan tugas.

Melalui pewujudan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 10 Mac 2020, BPSM terdiri daripada enam (6) unit yang melaksanakan urusan berkaitan sumber manusia seperti berikut:

  1. Unit Pembangunan Organisasi
  2. Unit Perkhidmatan
  3. Unit Pengurusan Prestasi dan Naik Pangkat
  4. Unit Pengurusan Latihan dan HRMIS
  5. Unit Penyelarasan dan Pentadbiran
  6. Unit Pengurusan Psikologi

Visi & Misi

Visi

Menjadi peneraju pengurusan sumber manusia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Misi

Menyediakan struktur organisasi yang mantap, modal insan yang kompeten dan berkeperibadian mulia serta mengurus Sumber Manusia dengan cekap dan berkesan seiring dengan aspirasi KPT.

Objektif

Menghasilkan warga kerja yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.

Piagam Pelanggan

  1. Kertas cadangan penyusunan semula organisasi diperakukan ke Agensi Pusat dalam tempoh 6 bulan bekerja dari tarikh permohonan lengkap  diterima;
  2. Kertas cadangan pengukuhan perjawatan diperakukan ke Agensi Pusat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima"
  3. Kertas cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan dikemukakan ke Agensi Pusat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  4. Mengemukakan dokumen persaraan bagi pegawai Kementerian Pengajian Tinggi ke Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam tempoh 3 - 6 bulan sebelum tarikh persaraan;
  5. Menguruskan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup;
  6. Memastikan 90% warga Kementerian Pengajian Tinggi menghadiri kursus; dan
  7. Melaksanakan Program Transformasi Minda untuk pegawai lantikan baharu dalam tempoh tidak melebihi dua tahun daripada tarikh lantikan.

Struktur Organisasi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Fungsi

Merancang dan menyelaras inisiatif sumber manusia dan pengurusan pembangunan organisasi di KPT.

  1. Melaksanakan urusan berkaitan perkhidmatan seperti yang digariskan dalam Perancangan Sumber Manusia (pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, gaji, persaraan).
  2. Mengurus dan memantau urusan kenaikan pangkat di KPT dan agensi.
  3. Menyelia pelaksanaan sistem pengurusan prestasi di Kementerian.
  4. Merancang, mengurus, menilai dan menyediakan program latihan dan pembangunan bagi pegawai Kementerian.
  5. Merancang dan mengurus perkara berkaitan penganugerahan dan pengiktirafan (pingat, PPC, APC).
  6. Memberi khidmat nasihat kaunseling dan menyelaras program, garis panduan berkaitan perkhidmatan kaunseling dalam KPT di samping memantau keberkesanan pelaksanaan.
  7. Memantau dan mengurus aplikasi HRMIS Kementerian.
  8. Merancang, melaksana dan menyelaras urusan Majlis Bersama Jabatan (Kementerian) serta pemantauan MBJ di agensi.
  9. Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan sumber manusia Kementerian.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 14 & 15, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6813
  • Last updated on .
  • Hits: 7459
MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Monday 17 January 2022, 14:10:39.