Corporate

Corporate information of the Ministry of Higher Education (MoHE) for public reference such as Introduction, Vision and Mission, Organisation Chart, Minister and Deputy Minister, Top Management and others.

Unit Audit Dalam

English translation not available for this content.

Latar Belakang

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Tinggi, (UAD KPT) telah diwujudkan pada 1 Ogos 2004 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004. UAD merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Kementerian dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bergabung sebagai satu Kementerian pada Mei 2013, Unit Audit Dalam di kedua-kedua Kementerian juga turut bergabung. Bermula 19 Mei 2014, Unit Audit Dalam telah dipecahkan kepada dua sektor utama iaitu Sektor Pelajaran dan Sektor Pendidikan Tinggi.

KPM dan KPT telah bergabung semula semasa pembentukan kabinet baru pada tahun 2018 di bawah KPM seperti mana yang berlaku pada tahun 2013. Bagaimanapun pada bulan Mac 2020, kabinet baru telah terbentuk menyebabkan KPM dan KPT berpecah dan UAD KPT telah diwujudkan semula.

Bidang tugas Unit Audit Dalam (UAD) meliputi semua bahagian, cawangan atau jabatan di bawah Kementerian termasuk Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK), Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Agensi-agensi di bawah kawalan KPT yang belum menubuhkan UAD.

Visi & Misi

Visi

Visi UAD adalah untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam.

Misi

Misi UAD adalah melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Ketua Setiausaha Kementerian ke arah meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam.

Objektif

Objektif Unit adalah untuk membantu Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Piagam Pelanggan

  • Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan standard pengauditan yang diterima umum serta memberi pendapat dan Pemerhatian Audit dengan adil dan saksama.
  • Memastikan Rancangan Audit Tahunan disiapkan sebelum 31 Januari tahun semasa.
  • Membentang Pemerhatian Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian setiap suku tahun.
  • Mengeluarkan Pemerhatian Audit Pengurusan Kewangan dalam tempoh 45 hari selepas pengauditan selesai dijalankan.
  • Mengeluarkan Pemerhatian Audit Pengauditan Prestasi dalam tempoh 60 hari selepas pengauditan selesai dijalankan.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam sebelum 31 Mac tahun berikutnya.

Struktur Organisasi

Unit Audit Dalaman 1

Fungsi Bahagian/Unit

Unit Audit Dalaman fungsi

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Unit Audit Dalam
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 1, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6830
  • Last updated on .
  • Hits: 15943

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.