Soalan Lazim Berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengajian Tinggi Bilangan 5

1. Bagaimana dengan pelajar di kampus yang memerlukan bekalan ubat (Setiap 2 minggu). Adakah pelajar dibenarkan pulang ke rumah?

Pelajar dibolehkan pulang ke rumah untuk mendapatkan bekalan ubat selepas mendapatkan kebenaran dari pihak polis dengan mengemukakan surat dari hospital.

2. Siapakah pegawai penghubung untuk penghantaran maklumat muka hadapan nombor akaun pelajar dari MSU bagi urusan bantuan kewangan kepada pelajar?

Maklumat nombor akaun pelajar boleh di hantar ke alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Bahagian Standard Swasta untuk tindakan lanjut.

3. Saya mengalami masalah pin untuk sistem permohonan UPU online. Tiada respon diberikan walaupun selepas mengisi maklumbalas secara online.

Pelajar dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan di FB UPU di:

https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/

Pada masa yang sama, Sistem UPU online mengalami kesesakan kerana peningkatan jumlah pengguna yang tinggi. Sila kemukakan butiran lanjut seperti nama penuh, no kad pengenalan serta nombor pin anda ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk semakan lanjut.

4. Mengapakah kelayakan International Baccalaureate (IB) tiada dalam sistem UPU?

Sila tonton Facebook Live dari Meja Pengarah BKPA@UPU yang berlangsung setiap hari sehingga 14 April 2020:

  • 10:00-11:00pagi dan 3:00-4:00petang.

Semua persoalan boleh diajukan di sesi Facebook Live dan akan dijawab dengan serta merta.

5. Didapati kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan oleh vendor untuk pelajar yang berada di Universiti tidak mencapai bajet yang diberikan kepada mereka.

Pelajar boleh memaklumkan kepada pihak pengurusan memandangkan pemilihan vendor dibuat atas kapasiti dan pilihan IPT masing-masing.

6. Bagaimana dengan tarikh peperiksaan di IPT? Peperiksaan atas talian tidak sesuai kerana akan timbul isu kreadibiliti.

UA dan IPTS akan memaklumkan jadual akademik yang telah dikemas kini kepada semua pelajar. Selaras dengan itu, tarikh peperiksaan akan diumumkan oleh IPT masing-masing.

7. Pelajar yang merupakan pemegang biasiswa, tajaan telah dimasukkan ke dalam akaun pelajar. Adakah duit biasiswa tersebut perlu dipulangkan semula kerana sesi PdP ditangguhkan sepanjang tempoh PKP?

Sepanjang tempoh PKP, biasiswa yang dikredit ke dalam akaun Tuan/ Puan tidak perlu dipulangkan. Walau bagaimanapun, Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) akan membuat pelarasan berkaitan jumlah biasiswa dan tempoh pengajian utk para penerima biasiswa KPM/KPT.

Bagi sebarang pertanyaan sepanjang tempoh PKP, sila hubungi talian HOTLINE Bilik Gerakan KPT :

 

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
10 APRIL 2020

Print