• Home
  • Latest
  • Pengumuman
  • Penawaran Biasiswa Pakistan Technical Assistance Program (PTAP) bagi Tahun 2020/2021

Penawaran Biasiswa Pakistan Technical Assistance Program (PTAP) bagi Tahun 2020/2021

  • Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Republik Islamik Pakistan menerusi Sekretariat ASEAN telah mempelawa individu-individu yang berkelayakan dari negara anggota ASEAN untuk melanjutkan pengajian di Pakistan. Perincian lanjut berhubung pelawaan tersebut adalah seperti yang berikut:
    1.   Peringkat & Bidang Pengajian: Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS);
    2.   Jumlah kuota yang ditawarkan: Dua (2);
    3.  Tarikh tutup permohonan: 25 Oktober 2020;
    4.  Butiran program di bawah PTAPhttp://ead.gov.pk/Detail/NDczNzA5ZGUtMTc2Zi00ZjVlLWI5OWUtNWZiMTlmMmFhZWRi;
    5.  Senarai Universitihttp://ead.gov.pk/SiteImage/Misc/files/PTAP_MBBS_BDS2021%20-%20ANNEX-I.pdf;
    6.  Borang Permohonan: http://ead.gov.pk/SiteImage/Misc/files/Application_Form(3).pdf
  • Setiap calon yang berminat dikehendaki untuk mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara soft copy kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan hard copy kepada Kedutaan Besar Pakistan di Jakarta (Jl. Mega Kuningan Barat Block E 3-9, Kav 5-8, Mega Kuningan, Jakarta Selatan, 12950) sebelum atau pada 25 Oktober 2020.
  • Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penawaran biasiswa tersebut boleh dipanjangkan secara terus kepada pihak Kedutaan Besar Pakistan di Jakarta menerusi Encik Jamal Nasir di talian +62 815 7400 2612/ +62 21 57851636-37 (ext-103) atau menerusi alamat e-mel yang dinyatakan seperti di atas.

Print Email