• Home
  • Latest
  • Pengumuman
  • [CALL FOR NOMINATION] UNESCO-Japan Prize on Education for Sustainable Development (ESD)

[CALL FOR NOMINATION] UNESCO-Japan Prize on Education for Sustainable Development (ESD)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima jemputan pelawaan bagi pencalonan UNESCO-Japan Prize on Education for Sustainable Development (ESD). Anugerah yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun ini bakal dianugerahkan kepada institusi/organisasi/entiti yang telah melaksanakan projek/program berimpak tinggi dalam bidang ESD. Perincian lanjut berhubung penganugerahan ini adalah seperti di LAMPIRAN A

3.            Sebagai makluman tambahan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, sebanyak tiga (3) pemenang akan dipilih untuk menerima anugerah ini di mana setiap pemenang akan menerima wang berjumlah USD50,000 dan akan dijemput untuk menyertai ESD for 2030 Global Network (ESD-Net). Bagi menggalakkan pencalonan lebih ramai lagi ahli akademik/penyelidik/individu yang berkelayakan untuk merangkul anugerah tersebut, jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk menyebar luas hebahan berhubung jemputan pelawaan bagi pencalonan UNESCO-Japan Prize on ESD kepada mana-mana individu yang berminat.

4.            Setiap individu yang berminat perlu melengkapkan borang permohonan pencalonan (LAMPIRAN B) dan mengemukakan borang tersebut kepada Bahagian ini menerusi alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum/pada 12 April 2021 (Isnin) untuk tujuan penyelarasan selanjutnya bersama pihak SKUM. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Puan Noorfazlina binti Mohd Shahid di talian 03-88706243.

Segala jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat,

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pengajian Tinggi

Print Email