Page 5 of 8
4. Dokumen Bayaran (Wang Pos/Kiriman Wang/ Draf Bank / Cek)
- Sila pastikan nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam dituliskan di belakang kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek setiap kali membuat bayaran. Ketiadaan maklumat tersebut menyukarkan Bahagian Biasiswa untuk mengenal pasti identiti pembayar.
- Sila pastikan hanya nama peminjam dan nombor kad pengenalan peminjam ditulis dan bukannya nama pembayar (sekiranya pembayar adalah selain peminjam.) Tempoh sah kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek adalah 3 bulan dari tarikh bayaran tersebut dibuat.
- KPT akan memulangkan semula kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek tersebut kepada peminjam sekiranya telah melebihi tarikh luput untuk ditunaikan. Peminjam perlu mengepos kiriman wang/ wang pos/ bank draf atau cek yang baru kepada KPT.
- Bayaran hendaklah dibuat atas nama "KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA" dan dialamatkan ke:
- Cek persendirian tidak diterima oleh KPT. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan bahawa cek yang dikeluarkan adalah mengikut standard semasa di bawah Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS) Bank Negara Malaysia.
- Bagi bayaran melalui cek, resit rasmi hanya dianggap sah selepas cek ditunaikan oleh pihak bank.
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)