Written on . Posted in Student Admission.

UPUOnline

English translation not available for this content.

Pengenalan

Pada awal penubuhannya bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada 1972 hingga 10 Oktober 1995. Bermula pada 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004 UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi. Bahagian ini dijenamakan semula pada 1 Januari 2005 selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2019, BPKP sekali lagi dijenamakan semula sebagai Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

BKPA bertanggungjawab menyelaras permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Fungsi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) / UPUOnline

Laman Web Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) / UPUOnline

Maklumat lanjut mengenai pengurusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi BKPA / UPUOnline berikut: https://upu.mohe.gov.my