Staff

A one-stop site for the needs of the staff of the Ministry of Higher Education (MOHE) and the Agencies under it to obtain official information for use in carrying out their duties

Sistem Immersive TelePresence KPT

English translation not available for this content.

Immerse TelePresence KPT Bilik

TUJUAN

Garis panduan penggunaan kemudahan TelePresence disediakan sebagai sumber rujukan kepada semua warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan penggunaan TelePresence menepati piawaian yang telah ditetapkan. Pematuhan dalam penggunaan kemudahan TelePresence adalah penting bagi memastikan sidang video berjalan lancar dan menepati objektifnya.

SKOP

Garis panduan ini dirangka bagi aspek permohonan dan penggunaan kemudahan TelePresence yang disediakan di Aras 16 bangunan KPT.

TELEPRESENCE

TelePresence merujuk kepada satu saluran komunikasi yang merangkumi video dan audio berdefinisi tinggi (high definition) yang menghubungkan dua (2) atau lebih lokasi secara maya bagi tujuan bermesyuarat atau perbincangan rasmi sahaja.

Sistem TelePresence berupaya untuk berkomunikasi dengan 20 lokasi secara serentak. Lokasi yang dihubungi perlu mempunyai kemudahan TelePresence yang compatible seperti Polycom, Cisco, Tandberg dan Lifesize.

PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK TELEPRESENCE

Penggunaan kemudahan di bilik TelePresence adalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sidang video, aktiviti mesyuarat, live streaming, perkakasan TelePresence dan perkara yang berkaitan.

PERKAKASAN DI BILIK TELEPRESENCE

Perkakasan di bilik TelePresence meliputi tiga (3) 70 inci HD Display, Panoramic Camera, Content Sharing Screens, TelePresence Intelligent Control System, 10 inci PAD, Independent Acoustics, dan meja conference.

TATACARA PERMOHONAN TEMPAHAN TELEPRESENCE

  1. Pengguna hendaklah membuat permohonan rasmi ke Bahagian Pengurusan Maklumat melalui e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat.

  2. Unit Rangkaian dan Keselamatan ICT (URK), Bahagian Pengurusan Maklumat akan menghubungi pengguna untuk mendapatkan maklumat pegawai perhubungan dan alamat IP (public) yang perlu dihubungi.

  3. Pengguna perlu menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk sesi ujian tiga (3) hari sebelum tarikh TelePresence.

TATACARA PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK TELEPRESENCE

  1. Bilik TelePresence boleh memuatkan maksima seramai 12 orang; 6 orang ahli mesyuarat di meja TelePresence dan 6 orang ahli lain di barisan belakang.

  2. Pegawai bertanggungjawab (pengguna) perlu menyediakan komputer riba dan membuat ujian teknikal terlebih dahulu.

  3. Pegawai bertanggungjawab (pengguna) perlu mendaftar sesi TelePresence di dalam buku log yang disediakan.

  4. Pengguna bertanggungjawab untuk mematuhi perkara-perkara berikut :

    1. Penggunaan bilik TelePresence hendaklah mengikut etika jabatan kerajaan;

    2. Pengguna dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bilik TelePresence;

    3. Pengguna dilarang merokok;

    4. Pengguna perlu memastikan keselamatan peralatan TelePresence; dan

    5. Pengguna hendaklah memastikan keadaan bilik TelePresence adalah teratur dan kemas selepas digunakan.

Sebarang pertanyaan, sila emel atau hubungi: 

                  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
                  03-88706061

 

Disediakan oleh:
Unit Rangkaian Dan Keselamatan, Bahagian Pengurusan Maklumat

  • Last updated on .
  • Hits: 25528
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.