Anugerah Tokoh Akdemik Bahasa Melayu

Untuk makluman, ATABM merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada ahli akademik pelbagai bidang yang memartabatkan Bahasa Melayu dalam kerjaya mereka. Tahun ini merupakan tahun ke-11 penganjuran dan seramai 8 orang tokoh telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu. YB Datuk Seri Dr. Menteri Pengajian Tinggi melalui ucapan beliau semasa Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dan Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2021 pada 3 Disember 2021 turut menyarankan agar ATABM dilaksanakan secara berterusan bagi memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang memberi sumbangan individu dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Selain itu, bagi menghargai usaha ahli akademik muda dan ahli akademik daripada sektor teknikal dalam memartabatkan Bahasa Melayu, dua anugerah telah dianjurkan bermula pada tahun 2020 iatu Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM) dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST).

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) dan dua kategori anugerah bahasa Melayu bagi Tahun 2022 dibuka mulai 1 April 2022 (Jumaat) hingga 31 Mei 2022 (Selasa). Selaras dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan ATABM/ ATHABM / ATBMST 2022 tertakluk kepada syarat dan peraturan permohonan. Calon yang berjaya akan dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu/ Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal dan akan menerima sijil penganugerahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, piala iringan serta wang penghargaan.

Poster ATABM 2022 (4).png

Untuk maklumat lanjut, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh melayari  hebahan beserta maklumat lengkap di laman sesawang ATABM Kementerian Pengajian Tinggi  di http://atabm.mohe.gov.my.

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga dimohon untuk memanjangkan pemakluman ini kepada semua Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan dan lain-lain di bawah Universiti Awam/ Politeknik/ Kolej Komuniti masing-masing bagi memastikan maklumat penganugerahan ini diterima oleh semua ahli akademik. Sebarang pertanyaan mengenai anugerah ini, boleh diajukan kepada urus setia anugerah seperti maklumat berikut:

 

URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM) &
ANUGERAH TOKOH HARAPAN AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATHABM)

UNIT INOVASI
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELARASAN DASAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Aras 13, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

dan

URUS SETIA
ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR TEKNIKAL (ATBMST)
BAHAGIAN KURIKULUM
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4w
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 W.P. PUTRAJAYA
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4587
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.