PARLIMEN - Insentif baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

 2025 05 26 parlimen 01

Insentif baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai Hub Pendidikan Serantau:

Insentif 1: Pemerkasaan Program Pengantarabangsaan antaranya menerusi ‘Study in Malaysia’

Insentif 2: Promosi dan penjenamaan melalui:

a) Program-program bagi mempromosi jenama Education Malaysia oleh Pejabat Education Malaysia Luar Negara (EMLN) dan Education Malaysia Global Services (EMGS) secara konsisten melalui pelbagai platform.

b) Perkongsian pengalaman alumni dan testimonial pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia.

c) Aktiviti promosi berteraskan kepada penekanan terhadap aspek kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pelajar antarabangsa.

Insentif 3: Seminar Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi

Insentif 4: Program Edutourism bertujuan:

a) memperkenal Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan dan pendidikan seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT) 2015-2025.

b) mempromosi 168 pakej di bawah Program Edutourism.

Insentif 5: Program ‘Meet and Greet with International Students in Malaysia’ anjuran Bahagian Education Malaysia (BEM), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Insentif 6: Memudahkan proses permohonan dan kelulusan visa. KPT melalui EMGS sedang bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain yang terlibat seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan proses permohonan dan kelulusan visa pelajar diuruskan dengan lancar dan jelas.

Insentif 7: Sesi libat urus bersama Pejabat EMLN, IPT dalam dan luar negara dan alumni antarabangsa yang tersohor.

- YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan pada sesi Pemberitahuan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas | 25 Mei 2023.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3338
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.