logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2021/2022 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf akan diumumkan pada 15 September 2021.

Semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari, 15 September 2021 hingga 25 September 2021 melalui pautan berikut:

  1. https://jpt.utm.my
  2. http://jpt.uum.edu.my
  3. https://jpt.unimas.my
  4. http://jpt.ums.edu.my
  5. http://jpt.umt.edu.my

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 September hingga 25 September 2021 di laman web UA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 16 September 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan. Rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 15 September 2021 sehingga 25 September 2021.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan:

No tel : 03 – 8870 8200
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Sosial Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram : @KEMASUKANBkpa
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
15 SEPTEMBER 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam 2021/2022 (279 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 17729
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.