Logo KPM

KENYATAAN MEDIA YB MENTERI PENDIDIKAN

ISU PERMOHONAN BIASISWA JPA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI LUAR NEGARA

Berhubung laporan media berkenaan permohonan sekumpulan 63 orang pelajar yang tidak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti pengajian di luar negara, saya telah turut dihubungi pelajar-pelajar yang terbabit. Saya amat bersimpati dengan situasi mereka. Namun begitu, pihak Kementerian Pendidikan juga memahami kekangan yang dihadapi oleh JPA dari aspek kewangan.

Justeru, pihak Kementerian Pendidikan telah merujuk juga kepada pihak JPA perkara ini. Kami difahamkan bahawa pihak JPA akan mengusulkan kertas cadangan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Jabatan Perdana Menteri.

Saya yakin isi ini boleh ditangani sebaik mungkin berkat kerjasama semua pihak.

YB DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN
28 Ogos 2018

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8559
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.