Jemaah Menteri Beri Kelulusan Tubuh Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Peringkat Nasional

Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Latihan Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Peringkat Nasional bagi menyelaraskan kesemua aspek berkaitan dengan sektor TVET di Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik selepas merasmikan Dialog Industri Kebangsaan 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

YB Dr. Maszlee berkata, Jawatankuasa Pemerkasaan itu akan memastikan pendidikan TVET dilaksanakan dengan berkesan membabitkan kesemua kementerian dan agensi.

"Jemaah Menteri baru-baru ini telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Peringkat Nasional dalam memastikan segala perkara berkaitan dengan pendidikan dapat diselaraskan bagi memastikan TVET bergerak dengan efektif," kata beliau.

Pada Jun lalu, Dr. Maszlee telah melantik Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Pada Jun lalu, Dr. Maszlee telah melantik Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET untuk melihat kepada isu TVET di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Akan tetapi Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memberikan beliau mandat untuk melaksanakan kajian merentasi kesemua kementerian."

Kedua-dua KPM dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menjadi agensi penyelaras Jawatankuasa Kedua-dua KPM dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menjadi agensi penyelaras Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Peringkat Nasional.

Jawatankuasa ini akan menyelaras dan menambah baik landskap sektor TVET.

YB Dr. Maszlee seterusnya berkata, penganjuran program dialog industri pada hari ini adalah satu perkongsian pintar KPM dan industri untuk menjadikan TVET dan industri berjalan seiring.

"Ini selari dengan hasrat untuk menjadikan TVET sebagai satu agenda arus perdana dengan memastikan peruntukan TVET seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 lalu dimanfaatkan sepenuhnya dan sebagai lonjakan untuk meningkatkan pasaran graduan kita," tambah beliau.

Pada majlis hari ini, YB Dr. Maszlee turut menyaksikan acara pertukaran MoU antara KPM dengan tiga Pada majlis hari ini, YB Dr. Maszlee turut menyaksikan acara pertukaran MoU antara KPM dengan tiga wakil industri iaitu Syarikat Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd, yang diwakili Pengarah Urusan iaitu Encik Hiroyuki Iwaki; Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Marco Neelsen selaku Ketua Pegawai Eksekutif; dan Syarikat Advance Pact Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Encik Mohd. Hidzir Khamis.

Dialog Industri Kebangsaan 2018 yang bertemakan “Living Skills in the 21st Century: TVET Dialog Industri Kebangsaan 2018 yang bertemakan “Living Skills in the 21st Century: TVET Empowerment/Initiative” adalah program anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan mengumpulkan 300 peserta daripada kalangan pendidik dan penggembleng dasar serta pengamal akademik, jabatan kerajaan dan industri untuk membincangkan amalan-amalan terbaik, peluang serta cabaran dalam membentuk landskap ekonomi TVET negara pada masa hadapan.

Sementara itu, beberapa topik turut dikupas termasuk ucaptama Polytechnics and Community Colleges as TVET Catalyst, yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti manakala ucaptama kedua di bawah tajuk Skills on the Move: Global Trends, Local Needs disampaikan oleh Encik Mohamad Ismail Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pengurusan Bakat Industri dan Expatriat MIDA.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15 NOVEMBER 2018

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10429
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.