logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KELONGGARAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BERIKUTAN BENCANA BANJIR


Berikutan perkembangan semasa bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menzahirkan rasa prihatin dengan nasib yang menimpa warga lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang terkesan dengan musibah yang berlaku.

Justeru, KPT mengalu-alukan keputusan yang diambil oleh beberapa buah IPT seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) yang melaksanakan penangguhan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta sebarang aktiviti sepanjang tempoh berlakunya musibah banjir ini.

 

Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban dan memudahkan urusan serta melancarkan proses pemulihan pasca banjir ini.

Sehubungan itu, pihak KPT juga ingin menyarankan kepada semua IPT lain yang terkesan akibat bencana ini untuk turut mengambil pendekatan yang sama bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

KPT juga ingin menasihati para pelajar yang mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Kementerian Pengajian Tinggi
22 DISEMBER 2021

Muat Turun:

  pdf Kelonggaran Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Berikutan Bencana Banjir (383 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6236
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.