logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEMALANGAN MELIBATKAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), NUR NABILAH MOHD AZAHAR DI CARRIBEAN


Kementerian Pengajian Tinggl (KPT) menzahirkan rasa dukacita atas berita kemalangan yang melibatkan seorang pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Nabilah Mohd Azahar ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacoa, Caribbean.

Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan itu mengalami kemalangan yang menyebabkan perlunya pembedahan kecemasan dibuat bagi menyelamatkan nyawanya. Beberapa pembedahan susulan dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat.

Susulan daripada itu, pihak KPT dan UUM akan memudahcara segala urusan berkailan termasuk usaha membawa pulang pelajar dan tuntutan insuran.

Namun begitu, sebagai langkah segera, UUM akan membiayai pembayaran awal kos rawatan hospital Nur Nabilah sebelum tuntutan insurans perlindungan penuh dibuat.

Pihak KPT juga telah mengarahkan UUM untuk menyelaras urusan membawa pulang pelajar di atas dengan Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela, bergantung kepada tahap kesihatan dan kebenaran dari hospital di Curacoa.

KPT sekali lagi ingin menzahirkan rasa sedih akan kemalangan yang ditimpa Nur Nabilah, dan memberi komitmen akan memastikan segala bantuan dan kebajikan yang diperlukan oleh pelajar tersebut dapat disegerakan dan berjalan dengan lancar.

NORAINI AHMAD 
MENTERI PENGAJIAN TINGGI

1 JANUARI 2022

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media Kemalangan melibatkan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Nabilah Mohd Azahar di Carribean (90 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5338
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.