KENYATAAN MEDIA
KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN MARA
BPT BAGI LEPASAN SPM DIUMUM PADA 16 JUN 2025
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 16 Jun 2025 (Isnin).
Keputusan boleh disemak mulai 16 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun 2025, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:
a) Secara atas talian melalui pautan;
i. https://jpt.utm.my
ii. https://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. https://jpt.ums.edu.my
v. https://jpt.umt.edu.my
b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 17 Jun 2025 hingga 25 Jun 2025 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan MARA BPT kepada yang berjaya mulai 17 Jun 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 16 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025, jam 5.00 petang. Rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline®.
Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian IPTA/MARA BPT tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel:
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
30 Mei 2025
Muat Turun:
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 4863