logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KPT AKAN TERUS PANTAU KEADAAN PELAJAR MALAYSIA DI RUSIA DAN UKRAINE


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memastikan seorang pelajar Malaysia yang berada di Universiti Lviv, Ukraine berada dalam keadaan selamat dan telah berada di Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland, bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam waktu yang terdekat.

Dalam pada itu, pelajar-pelajar Malaysia di Rusia akan terus berada di universiti masing-masing memandangkan jarak universiti agak jauh dengan kawasan bergolak. Pihak Kementerian melalui pejabat Education Malaysia di London (EML) akan terus memantau perkembangan terkini konflik ini bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar kita terjaga.

KPT akan sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di negara terlibat bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi semasa dan tindakan lanjut yang perlu diambil.

KPT juga ingin menasihati para pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Encik Lukman Zulkifly di EML di talian 00442079851251 atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Kementerian Pengajian Tinggi
28 Februari 2022

Muat Turun:

pdf KPT Akan Terus Pantau Keadaan Pelajar Malaysia Di Rusia Dan Ukraine (34 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9950
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.