KENYATAAN MEDIA
MALAYSIA – INDONESIA PERKASA JALINAN KERJASAMA SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI DALAM BIDANG PERUBATAN, SAINS DAN TEKNOLOGI
- Saya telah hadir menyaksikan Sesi Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA), Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) antara Malaysia dan Indonesia di Jakarta, Indonesia, hari ini.
- Sesi ini merupakan salah satu program utama dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia yang bermula pada 16 Julai – 18 Julai 2023.
- Sektor pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia memacu era baharu bagi kerjasama antara kedua-kedua buah negara. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui agensi dan universiti di Malaysia telah melaksanakan pertukaran empat (4) MoA, lima (5) MoU, dan satu (1) MoC dengan agensi dan universiti di Indonesia.
- Fokus utama MoA, MoU dan MoC ini adalah kolaborasi dalam sektor pendidikan khususnya dalam bidang perubatan, sains dan teknologi. Bidang pembangunan penyelidikan dan inovasi bukan sahaja akan memberi impak kepada institusi pendidikan tinggi di Malaysia malah bakal memberi manfaat kepada para pelajar di kedua-dua buah negara.
- Sesi pertukaran MoA, MoU dan MoC ini meliputi agensi, syarikat, universiti daripada kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang yang akan memberikan impak seperti yang berikut :
5.1 MoU antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), Indonesia
- Mewujudkan konsortium UTM-BRIN bagi mempromosikan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam kerjasama aktiviti penyelidikan dan pembangunan melalui operasi penyelidikan, kontrak penyelidikan, perundingan latihan, kerjasama latihan dan lain-lain.
- Di bawah konsortium UTM-BRIN, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan BRIN-UTM Satellite Office dengan tumpuan kepada menghasilkan impak penyelidikan dan pembangunan bakat khususnya dalam bidang kebitaraan kejuruteraan dan teknologi yang memberikan manfaat kepada pembangunan kepada kedua-dua buah negara dan serantau.
- Sejak 2021 hingga kini, hasil daripada kerjasama UTM-BRIN ini memanfaatkan 48 penyelidik dan dianggarkan bernilai sekitar RM2,220,852.00 secara keseluruhannya.
5.2 MoC antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan Forum Guru Besar Indonesia (FGBI)
- Forum Dewan Guru Besar Indonesia (FDGBI) adalah sebuah organisasi induk yang merangkumi dewan professor atau guru besar melebihi 200 buah universiti awam di Indonesia.
- MoC ini meliputi bidang pendidikan tinggi, diplomasi saluran kedua antara Malaysia dan Indonesia serta mengangkat 17 agenda Sustainable Development Goals, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi kedua-dua buah negara.
5.3 MoA antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universitas Padjadjaran (UNPAD)
- Kerjasama UKM dan UNPAD bermula dengan program kerjasama Ijazah Doktor Perubatan UKM-UNPAD sejak tahun 2006.
- Pada tahun 2022, proses penambahbaikan program telah dimulakan bagi menjadikan program ini lebih kompetetif, iaitu dengan memendekkan durasi program daripada enam (6) tahun kepada lima (5) tahun dengan dua tahun pertama proses pembelajaran dijalankan di UNPAD bagi peringkat praklinikal dan tiga tahun kedua dijalankan di UKM bagi peringkat klinikal.
- Kerjasama ini memberi manfaat dengan menghasilkan sekitar 250 orang graduan Doktor Perubatan bagi tempoh lima (5) tahun
5.4 MoA antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI)
- Bermatlamat untuk membina hubungan baik dengan pihak UPI dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyeliaan, pendidikan dan penerbitan serta pembangunan kapasiti dalam kalangan pelajar dan kakitangan.
- Antara aktiviti utama yang akan dilaksanakan adalah kolaborasi ijazah dual di peringkat prasiswazah atau siswazah, program mobiliti pelajar dan kakitangan, kerjasama penyeliaan, penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi.
- Dijangka seramai 3,000 pelajar di peringkat prasiswazah dan siswazah bagi kedua-dua institusi akan menerima manfaat bagi kerjasama ini untuk tempoh 5 tahun mendatang.
5.5 MoU antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan PT Tracol Asia
- Menjalin kerjasama untuk membuka Pusat Pesisir (Offshore Center) UKM di Jakarta. Kerjasama ini adalah untuk meneroka dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi dalam pelbagai bidang pengajian pendidikan di peringkat prasiswazah dan
- Terdapat sepuluh (10) jurusan program yang akan terlibat hasil daripada kerjasama UKM dan PT Tracol Asia.
- Program-program tersebut adalah lima (5) jurusan di peringkat Sarjana merangkumi Program Sarjana Pendidikan Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Arkitek, Psikologi, Pengurusan Perniagaan dan Sains Komputer.
- Lima (5) jurusan di peringkat Doktor Falsafah merangkumi Program Kejuruteraan Elektrikal, Sains Komputer, Pendidikan, Ekonomi dan
- Dijangkakan sekitar 3,000 mahasiswa akan menerima manfaat daripada kerjasama ini bagi tempoh 10 tahun mendatang.
5.6 MoA antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang
- Merupakan kerjasama dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran program akademik yang ditawarkan oleh UIN serta menghasilkan graduan yang lebih versatile dan dinamik dalam tempoh pengajian yang singkat.
- Melalui kerjasama akademik di peringkat Sarjana ini, para pelajar akan ditaja oleh Kementerian Agama Republik Indonesia (KEMENAG) dan akan mengikuti tempoh pengajian bagi program Sarjana selama dua (2) tahun serta akan layak mendapat dua (2) Ijazah Sarjana daripada UUM dan UIN mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui.
- Dianggarkan tajaan oleh KEMENAG ini akan memanfaatkan 20 orang pelajar dengan nilai sebanyak RM545,480.00 setahun.
5.7 MoA antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya
- Kerjasama ini membolehkan pelajar warganegara Indonesia yang terpilih untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana di bawah kerjasama akademik antara UUM dan UIN yang akan ditaja oleh
- Para pelajar akan mengikuti tempoh pengajian bagi program Sarjana selama dua (2) tahun serta akan layak mendapat dua (2) Ijazah Sarjana daripada UUM dan UIN mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui.
- Dianggarkan tajaan oleh KEMENAG ini akan memanfaatkan 20 orang pelajar dengan nilai sebanyak RM545,480.00 setahun.
5.8 MoU antara Universiti Malaya dengan Universitas Negeri Malang (UNM)
- Kerjasama kedua-dua buah universiti ini meliputi perkongsian kepakaran dalam bidang ilmu sains bahan, sumber manusia (pelajar siswazah), kemudahan penyelidikan, dan geran penyelidikan seperti geran pemadanan antara universiti, geran antarabangsa, dan geran dalaman bagi kedua-dua pihak yang dianggarkan bernilai RM5 juta.
5.9 MoU antara Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU)
- Penubuhan Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) pertama di luar negara oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan kerjasama Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU).
- Inisiatif ini bakal memperluas akses pendidikan dalam kalangan masyarakat di sekitar Sumatera Utara khasnya dan sekitar seramai 135 juta tenaga kerja di Indonesia umumnya untuk meningkatkan kelayakan akademik masing-masing.
5.10 MoU antara Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan Institut Teknologi PLN (IT PLN)
- Mewujudkan platform untuk perbincangan mengenai tenaga dan hal- hal berkaitan dalam kalangan universiti, universiti-kolej dan institut di
- Program kerjasama kedua-dua buah negara melalui AEU-Net akan membolehkan UNITEN, IT PLN dan ahli-ahli AEU-Net yang lain merangka inisiatif strategik antarabangsa berfokuskan bidang tenaga dan menyumbang kepada rantau ASEAN mencapai objektif sifar karbon menjelang 2050.
- Kerjasama kedua-dua buah negara melalui pertukaran ini dijangka akan membawa hasil anggaran dana penyelidikan dalam bidang sains dan tenaga berjumlah lebih RM10 juta.
- Saya yakin hubungan baik antara kedua-dua buah negara, persamaan bahasa dan budaya, pembiayaan pendidikan yang berpatutan serta kualiti pendidikan universiti adalah antara kelebihan Malaysia yang terus menjadi destinasi pilihan utama para pelajar Indonesia untuk menyambung pengajian.
DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
18 JULAI 2023
Muat Turun:
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3268