logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

MENTERI HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI TERIMA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)


  1. Hari ini, saya berbesar hati menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan yang dianugerahkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Tawfiq bin Fawzan Muhammed Al Rabiah.
  1. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap TYT atas pencapaian dan sumbangan cemerlang beliau dalam pengurusan Haji dan Umrah serta perkhidmatan kesihatan awam Arab Saudi.
  1. Kementerian Pendidikan Tinggi komited untuk mengukuhkan hubungan sedia ada bersama dengan Kerajaan Arab Saudi khususnya dalam sektor pendidikan tinggi.
  1. Malaysia telah membangunkan satu jenama global yang kukuh dan muncul sebagai sebuah hab pendidikan antarabangsa yang menawarkan pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan kadar harga yang berpatutan, kualiti hidup yang baik dan kaya dengan pengalaman budaya.
  1. Sebagai sebuah institusi akademik dan penyelidikan yang berfokus pada teknologi, UTM diseru untuk memainkan peranannya dalam mewujudkan pelbagai kerjasama strategik dengan universiti-universiti di Arab Saudi, industri-industri dan kementerian-kementerian, dalam membawa hubungan diplomatik Malaysia dan Arab Saudi ke tahap yang lebih tinggi.
  1. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan para graduan dan penyelidik dari Arab Saudi untuk melanjutkan pengajian dan menjalankan penyelidikan mereka di Malaysia.

DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

27 FEBRUARI 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat UTM .pdf (88 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6842
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.