logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkuat kuasa mulai 3 Januari 2023. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari University of Southern California, California, United States sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di University of New Hampshire, New Hampshire, United States.

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM dari 1 Mei 2016 hingga 30 April 2018. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM dari 1 Mei 2018 hingga kini.  Selain memiliki pengalaman pentadbiran yang sangat luas, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed merupakan seorang penyelidik yang disegani terutamanya dalam bidang Applied Sciences and Technologies di dalam mahupun di luar negara.

Sebagai satu-satunya universiti awam di Malaysia yang telah dipilih untuk Accelerated Programme for Excellence (APEX), Kementerian yakin dengan pelantikan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed sebagai Naib Canselor USM yang baharu dapat memperkukuhkan lagi sektor pendidikan tinggi negara, seterusnya membina masa depan negara yang lebih mampan dan sejahtera berpaksikan kecemerlangan.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan atas jasa bakti beliau menerajui USM sebelum ini.

Kementerian Pengajian Tinggi
3 JANUARI 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.pdf (105 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8617
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.