logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)


Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, 55 tahun, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 9 Mei 2022. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Electronic System & Control Engineering dari Sheffield City Polytechnic, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Electronic Instrumentation Engineering dari The Sheffield Hallam University, United Kingdom.

YBrs. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM untuk tempoh tiga (3) tahun dari 2016 hingga 2019. Beliau dilihat mampu meneraju UTHM sebagai salah sebuah Universiti Awam dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN) berdasarkan pengalaman pentadbiran yang luas dan reputasi akademik yang dihormati.

KPT yakin dengan pengalaman luas yang ada pada YBrs. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, mampu melonjakkan UTHM sebagai Global Technopreneur University menjelang tahun 2030.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Wahid Razzaly atas jasa bakti beliau sebagai Naib Canselor UTHM yang lalu.

Kementerian Pengajian Tinggi
9 Mei 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan Naib Canselor UTHM (128 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 11797
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.