logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELEPASAN KEPADA PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) UNTUK PULANG MENGUNDI BAGI PILIHAN RAYA UMUM KE-15


Merujuk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 20 Oktober 2022 yang lalu berkenaan tarikh hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuat ketetapan dan meminta supaya semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

Tarikh pelepasan yang diberikan adalah dari 17 hingga 21 November 2022 bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi mengundi. Keputusan ini juga diambil selaras usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 seperti yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021 (Seksyen 3 (a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019) dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara dan berupaya menyumbang kepada pembentukan kerajaan yang berdemokrasi, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sehubungan dengan itu, semua IPT adalah diminta memastikan semua kelas dan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

DR. NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI

22 Oktober 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelepasan Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Untuk Pulang Mengundi Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15.pdf (35 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 11185
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.