logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PEMAKLUMAN KEADAAN PELAJAR MALAYSIA SUSULAN STATE
OF EMERGENCY – CITY OF LOS ANGELES

1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Kementerian Luar Negeri (KLN) sentiasa mengikuti rapat perkembangan situasi di luar negara terutamanya yang melibatkan penempatan pelajar Malaysia di negara-negara yang sedang bergolak dengan situasi kecemasan seperti rusuhan, peperangan dan bencana alam.

2. Kementerian ini mengambil maklum akan bencana yang menimpa Los Angeles sehingga menyebabkan pengisytiharan "State of Emergency" oleh Mayor Los Angeles, Karen Bass akibat kejadian Palisades Fire dan Windstorm. Presiden Amerika Syarikat, President Biden juga mengumumkan bantuan Fire Management Assistance Grant untuk membantu memulihkan keadaan.

3. Kementerian ini menerusi Pejabat Education Malaysia Los Angeles (EMLA) sentiasa memantau perkembangan terkini di Los Angeles dan telah melaksanakan inisiatif pengesanan pelajar. Sehingga kini, pelajar yang terkesan adalah seramai 14 orang daripada University of California, Los Angeles (UCLA) kerana berhampiran dengan lokasi kejadian tersebut.

4. KPT bersama pejabat Consul General (CG) di Los Angeles juga telah bersetuju untuk memberi bantuan dan akan melaksanakan pelan evakuasi sekiranya perlu melalui penempatan pelajar di rumah pegawai sebagai shelter house. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada arahan evakuasi yang dikeluarkan oleh pihak UCLA kepada para pelajar tersebut.

5. Setakat hari ini, keadaan para pelajar dalam keadaan baik dan pelajar akan terus berada di kediaman masing-masing sehingga arahan terbaharu diterima.

6. Sehubungan dengan itu, KPT ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U. Pelajar amat digalakkan untuk mengemaskini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Kementerian ini bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat.

7. Sekiranya berlaku sebarang insiden, sila berhubung dengan pejabat Education Malaysia Los Angeles di maklumat perhubungan seperti di bawah untuk sebarang maklumat dan tindakan selanjutnya.

EDUCATION MALAYSIA LOS ANGELES
Pegawai: Atase Pendidikan Education Malaysia Los Angeles No. Telefon: +1 (626) 879-4923
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sebarang perkembangan lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa.

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
12 Januari 2025

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Pemakluman Keadaan Pelajar Malaysia Susulan State Of Emergency – City Of Los Angeles (824 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 581
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 01:10:02.

logo-sirim